Lama dah nak kongsi mengenai roti canai sedap, yang kena dengan selera saya ni. Masa mula-mula dapat tahu pasal roti ni daripada satu program jalan cari makan dalam tv. Oleh kerana saya ni peminat makanan sedap, tambahan pula dekat dengan kampung suami di Alor Setar. Jadi, senanglah jugak nak pergi rasa roti disitu.
Roti celaru, roti canai sedap baq ang ;)
Roti Celaru ini disediakan sama je macam roti canai biasa, cuma yang istimewanya ada telur goreng separuh masak di atas roti yang disiat-siat dan dikelilingi dengan kuah yang terdiri daripada kuah parpu dal, kuah sardin dan sambal tumis.
MasyaAllah, sedap sangat. Bukan roti tu saje sedap tau, kuah dan sambal tumis pun sedap hingga menjilat sudu ;)
Masa saya pergi cuba roti celaru ni, orang nya memanglah ramai. Siap beratur lama jugaklah nak menunggu roti celaru tu. Hah, tak kisahlah. janji sedap dan puas hati kan.
Cara nak pergi ke kedai ni senang saja. Keluar daripada Tol Plus Alor Star Selatan, belok ke kanan menuju ke Bandar Alor Star. Terus sahaja sampai jumpa Sekolah Menengah Teknik di sebelah kiri jalan.
Masuk laluan ke sekolah ini dan belok kiri jalan kecil di hadapan sekolah itu. Akan terjumpa dua buah gerai (gerai Roti Canai dan gerai Air Minuman) bersebelahan lori, berhadapan dengan barisan rumah banglo. Di sinilah Roti Celaru itu dijual.
Siapa yang pergi jalan-jalan ke Alor Setar, bolehlah pergi cuba rasa sendiri ya ;D
0 comments:
Post a Comment