Pernah dengar tak mengenai teknik urutan perineum kurangkan risiko koyak semasa bersalin?
Mungkin ada ibu-ibu yang sudah mengetahuinya, namun untuk ibu yang baru pertama kali tahu mengenai teknik urutan perineum ni, nanti saya terangkan serba sedikit ya.
Urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran, supaya ibu tidak memerlukan episiotomi ataupun jahitan yang sangat sedikit.
Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran.
Namun, penting untuk ibu pastikan jari betul-betul bersih dan kuku mestilah pendek sebelum melakukan urutan, supaya tidak belaku sebarang luka atau jangkitan.
Cara-cara urutan perineum:
- Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara ataupun minyak zaitun.
- Letakkan beberapa titis minyak VCO atau zaitun di atas ibu jari.
- Duduk dalam keadaan mencangkung atau posisi yang buat ibu-ibu selesa.
- Masukkan ibu jari dalam 1 inci ke dalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar sambil menekan kebawah sedikit.
- Tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
- Lakukan setiap hari, atau boleh juga dilakukan selang sehari, in shaa Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.
- Selepas selesai urutan, buat senaman kegel (kemut). Senaman kegel adalah seperti menahan buang air kecil. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan perineum ini dapat membantu ramai ibu untuk mengurangkan risiko jahitan semasa kelahiran bayi. Ini kerana bahagian perineum telah kita latih untuk meregang semaksima mungkin. Ini kerana, semasa kelahiran bayi, bukaan akan mencecah 10 cm. Diluar dari pemikiran kita kan.
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha, Allah jua yang menentukan. Yang lebih penting adalah keadaan kesihatan selepas ibu-ibu melahirkan bayi. Jaga sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita, bayi dan keluarga ;)
Moga bermanfaat ;)
0 comments:
Post a Comment