Membaca surah yassin pada malam Jumaat dah jadi rutin masyarakat Melayu Islam. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat atau fadhilat yang sangat baik dikhususkan untuk bacaan pada Hari Jumaat iaitu bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat..
Bacaan Terbaik Hari Jumaat:
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR Hakim 3349)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as serta kisah Dzulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah atau musibah. Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya:
Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta.
Lalu sahabat ini telahpun meninjau keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah ini. Nabi s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini. Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada Surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa`ei dan al-Trimizi.
Dalam riwayat al-Tirmizi:”Sesiapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi”.Hadis lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya:
“Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya.” Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani.
Moga kita dilindungi daripada Fitnah Dajjal & mendapat Nur di akhirat kelak
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
0 comments:
Post a Comment