Perkara macam ni selalunya jadi kepada pasangan muda atau mereka yang kurang arif dengan ilmu kehamilan. Nak mengandung ni kena la ikut tips yang betul. Bukan boleh bersama bila-bila masa saja tau.
Kena tahu bila masa yang sesuai, apa cara yang sesuai. Ada ke yang masih belum tahu bila waktu bersama yang sesuai dan tepat untuk cepat hamil?
oklah, saya terangkan sedikit ya. Untuk hamil, waktu bersama yang tepat apabila seorang isteri berada pada waktu subur. Untuk suami bila-bila pun boleh ye.
Kebiasaanya wanita yang kitaran haidnya normal akan berada pada waktu subur selepas period hari ke 7 hingga ke 16. Kalau masih ada yang tak tahu bial waktu subur, boleh juga guna kalkultor kesuburan untuk dapatkan tarikhnya.
Cara lain untuk tahu waktu subur wanita ialah dengan adanya lendiran jernih seperti putih telur keluar dari miss v. Ada juga yang kata, badan seseorang wanita itu rasa panas sedikit pada waktu subur berbanding hari hari biasa.
Kalau dah ada ciri ciri subur ni, maka segeralah bersedia 'berperang' pada malamnya dan gunakanlah peluang subur tu dengan sangat sebaiknya ye. hehe.
Tips lain yang saya boleh kongsi hasil dari pembacaan saya:
- Bersihkan diri, wangikan diri isteri dan suami, bangkitkan suasana bilik agar lebih romantik.
- Sebelum bersama suami, solat Isyak secara berjemaah bersama. Teruskan dengan Solat hajat dan mohon doa kepada Allah agar hubungan 'bersama' akan memberi khabar gembira dengan cepat.
- Selepas 'bersama'. Berdoalah kepada Allah agar hubungan kali ini akan membentuk janin dan zuriat yang sihat, soleh dan solehah.
Ini baru sedikit tips mudah nak cepat hamil. Sebenarnya ada banyak perkara yang setiap wanita perlu ambil tahu sebelum merancang kehamilan. Antaranya penjagaan rahim, suplemen untuk hamil, atasi masalah senggugut jika ada, perkara yang perlu dielak, perkara yang diamalkan, dan banyak lagi.
Doa, usaha dan tawakkal ya. Semoga ada berita baik buat anda! ;)
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
0 comments:
Post a Comment