Assalamualaikum.
"Puan, saya nak beli ubat Shaklee!" hihi, selalu jugak saya dapat customers yang mesej macam ni. Saya tak jual ubat, tapi saya jual suplemen Shaklee ;)
Kadang-kadang bila sembang dengan customers, mesti ada yang respon
'saya tak sempat lah nak makan ubat tu'
'ubat tu buat urin jadi kuning ke?'
"makan ubat tu waktu malam ye.'
Ubat dan Suplemen, ada beza ke? Ramai jugak yang tak tahu apa perbezaan ubat dan suplemen rupanya ye.
oklah, nak mudahkan supaya semua lebih faham. Meh la saya terangkan sedikit. Ubat di ambil ketika kita dalam keadaan sakit. Masa kita sihat, buat apa nak makan ubat, kan? Contoh paling senang ialah panadol. Pernah makan panadol waktu kita sihat? Takde kan, Betul ke betul?
Suplemen pula di ambil ketika sihat dan juga ketika dalam keadaan sakit. Dalam dua situasi ini, tujuan dan keputusan selepas ambil suplemen ada perbezaan.
Biasanya, kita ambil suplemen ketika sihat adalah bertujuan untuk bantu mengurangkan risiko penyakit hinggap pada badan kita. Keputusannya akan nampak lebih cepat sebab sel-sel badan kita masih sihat untuk menyerap semua jenis nutrien daripada suplemen tu.
Tapi, jika ambil suplemen bila mana waktu sakit, ianya lebih bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita. Maksudnya macam ni, jika anda ada sakit darah tinggi, pengambilan suplemen sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan simptom pening kepala, sakit tengkuk dan sebagainya.
Contoh lain, jika anda seorang penghidap sakit buah pinggang yang sedang menjalani dialisis, pengambilan suplemen in shaa Allah membantu menaiktaraf kesihatan anda kepada keadaan yang lebih baik. Ramai je customers saya bagi respon, suplemen membantu badan mereka rasa lebih cergas dan bertenaga selepas melakukan dialisis berbanding diri mereka tanpa pengambilan suplemen.
Cuma perlu tahu, janganlah anggap suplemen ni ubat magis yang boleh lenyapkan segala penyakit yang dah sedia ada tu ya. Kita nak ikhtiar dengan suplemen perlukan masa, perlukan kesabaran dan juga perlukan peruntukan dari segi kewangan.
Sebab tiada jaminan suplemen ni bukan boleh baik dengan kadar segera jika anda dah sakit. Ada yang mungkin mengambil masa sebulan, tak kurang juga ada yang mengambil masa bertahun untuk lihat keputusannya.
Apa pun, Allah suka orang yang tidak mudah putus asa dan mahu ikhtiar untuk lebih sihat bagi memudahkan urusan ibadat kita di dunia sementara ni.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:
Post a Comment