Banyak perkara yang menyebabkan wanita sukar hamil. Andaikata sudah melebihi setahun anda dan pasangan mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri. Lebih baik dapatkan konsultasi doktor untuk mengetahui punca sebenar sukar hamil sama ada daripada pihak suami mahupun isteri yang memerlukan bantuan.
Biasanya kesukaran untuk hamil berkaitan dengan masalah pada saluran telur, masalah ovulasi, endometriosis, ataupun kesihatan rahim wanita itu sendiri. Ada juga yang berpunca daripada masalah pengeluaran sperma, penghasilan sperma yang kurang matang dan juga kurang kualiti serta kuantiti.
Di bawah tersenarai 8 penyebab wanita sukar hamil yang mungkin boleh dijadikan rujukan bersama dalam proses usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
9 Penyebab Wanita Sukar Hamil
1. Terlalu Kurus
Wanita yang terlalu kurus selalunya mengalami gangguan pada kitaran haidnya. Penurunan berat badan secara mendadak menyebabkan gangguna pada fungsi lemak dalam pembentukan hormon kesuburan dan pengaturan haid.
2. Kegemukan (obesiti)
Wanita yang mengalami masalah obesiti boleh menyebabkan gangguan pada prestasi organ tubuh badannya, termasuk organ reproduksi itu sendiri. Kadar kolesterol yang mungkin tinggi menggangu keseimbangan hormon, seterusnya menjadi penyebab terganggunya kitaran haid wanita.
Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan kesukaran untuk menganggar waktu subur atau ovulasi tidak dapat dikesan dengan tepat. Hal ini menyebabkan peluang untuk hamil tipis.
3. Kuantiti Sperma
Tahap kesuburan bukan bergantung pada wanita saja, tetapi juga pada sperma suami. Jumlah sperma yang rendah dalam air mani menyebabkan peratusan persenyawaan sel telur juga rendah. Menurut sumber lain, ejakulasi normal seharusnya mengandungi 39 juta sperma. jika terlalu sedikit tentu bisa jadi penyebab sukar hamil.
Namun begitu, seorang wanita masih ada peluang untuk hamil meskipun sperma suami yang dikeluarkan itu sedikit. Cuma, mungkin memerlukan waktu yang lebih lama.
4. Sering mengalami Tekanan atau Stress
Gaya hidup yang tidak menentu dan sering mengalami tekanan boleh menyebabkan gangguan spermatogenesis, spasme tiub fallopio, gangguan ovulasi, dan menurunnya ghairah berbubungan suami-isteri. sehingga menjadi penyebab kenapa susah hamil.
Susun atur jadual kerja kita sebaik mungkin untuk elakkan berlakunya tekanan hidup melampau yang boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil ya.
5. Tabiat Merokok
Tabiat merokok mengandungi bahan-bahan pencemar yang terbukti dalam menurunkan kualiti sperma lelaki. Keadaannya serupa jika anda seorang yang mengambil ganja, heroin, dan kokain, dimana ia boleh mengkibatkan terganggunya rembesan hormon prolaktin dan gonadotropin sehingga pelepasan sel telur pada wanita menjadi terbantut.
6. Pengambilan Minuman Beralkohol
Minuman alkohol tidak baik untuk wanita dan lelaki. Wanita yang minum minuman beralkohol dikatakan akan menekankan pengeluaran hormon progesteron dan estrogen akan tetapi meningkatkan kadar prolaktin sehingga menghalang proses ovulasi
Tidak kurang juga lelaki yang kerap minum minuman beralkohol akan mengurangkan saiz testis dan boleh menurunkan kuantiti air mani, mobiliti, morfologi, dan kepekatan spematozoa mereka. sehingga ia juga memberi kesan kepada punca kenapa susah hamil.
7. Kerap mengambil Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat gastrik, ubat darah tinggi, antikejang serta ubat yang digunakan untuk terapi kanser boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengurangkan kesuburan wanita. Jadi, sebaiknya perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.
8. Masalah Wanita, Keputihan
Keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.
9. Faktor Usia
Kesuburan wanita yang memasuki umur 35 ke 37 tahun dikatakan mulai menurun hingga akhirnya memasuki masa menpause di usia 40-45 tahunan. Sel telur wanita pun semakin berkurang setiap kali mereka mengalami haid, dan lama-kelamaan habis apabila telah menopaus. Pastinya ia juga salah satu penyebab kenapa wanita susah hamil.
Sebaliknya pertambahan usia lelaki tidak menghadkan kesuburan mereka, di mana testis akan sentiasa menghasilkan sel-sel spermatozoa sepanjang tidak ada masalah dengan anatominya.
Apa pun punca dan penyebabnya, ingatlah kita sentiasa ada peluang untuk mencuba. Doa, Usaha dan Tawakkal ya. Semoga info ni bermanfaat untuk anda.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
0 comments:
Post a Comment