Sunday, April 21, 2013

Doa Amalan Ketika Ibu Hamil

  No comments    
categories: ,

Ada ibu yang hamil tak kat sini..??

Ibu-ibu sekalian..Marilah kita sama-sama mengamalkan doa dan surah-surah dalam Al-quran ini ya.





InsyaAllah..moga terpelihara bayi dalam kandungan anda sehingga lahirnya, di samping ibu pun menambah pahala 😊

 “Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berasa di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah..rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah..keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah..jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah..panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi Allah s.w.t. tuhan semesta alam…



Baca ini : Tips Mengurangkan Sakit Belakang Ibu Hamil

Jom AMALKAN membaca surah-surah ini semasa ibu-ibu sedang hamil ya…(^^,)
  1. Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan
  2. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar & taat
  3. Surah Luqman - untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlaknya
  5. Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati
  6. Surah Yaasin - untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah at-Taubah - untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat
  8. Surah an-Nahl - untuk melahir anak yang berdisiplin
Kalau dapat khatam satu Al-Quran lagi baik kan..Amalkan ya😍 InshaAllah moga ibu-ibu dipermudahkan perjalanan semasa mengandung dan melahirkan nanti. Aamiin...


0 comments:

Post a Comment