Sunday, April 21, 2013

LOYA & MUNTAH DI AWAL KEHAMILAN..NORMAL KE??

Loya dan muntah atau ‘morning sickness’ yang dialami oleh wanita hamil di awal kehamilan menjadi perkara yang paling biasa namun berbeza bagi setiap wanita. Ada yang berasa mual di awal pagi, mual dan loya dengan bau-bauan tertentu, dan ada juga berasa mual dan loya sepanjang hari untuk tempoh masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan.


Jika mabuk hamil berlarutan untuk satu tempoh masa yang lama, secara tidak langsung ianya sangat mempengaruhi dan menguasai kehidupan. Ada yang sampai tidak boleh melakukan kerja-kerja harian seperti memasak dan menguruskan rumahtangga, juga tidak dapat bekerja bagi wanita yang bekerjaya. Lebih teruk jika wanita yang mabuk hamil yang berterusan boleh membawa kepada kemurungan kerana sering merasakan tidak ada sesiapa yang benar-benar memahami keadaan yang sedang mereka lalui.

Perkara yang perlu dilakukan untuk meminimumkan rasa loya:

Wanita yang mabuk hamil boleh mengelak daripada sebarang makanan atau bauan yang membuatkan diri anda berasa loya. Cara lain untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan loya, anda juga boleh:

Makan sedikit dan kerap. Elakkan membiarkan perut kosong kerana ianya boleh menambah rasa loya. Anda boleh cuba makan makanan kering dalam kuantiti yang sedikit sepanjang hari

Makan apabila anda kehendaki buat sementara waktu. Makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng perlulah dielakkan. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt.

Boleh mengambil makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut dan mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Jika sukar untuk minum, cuba minum di antara hidangan dan hadkan minum semasa makan tetapi perlu dipastikan anda minum dengan kerap.

• Jika perlu, dapatkan rrehat yang secukupnya kerana tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

•Anda juga boleh cuba hidu buah lemon untuk mengurangkan loya anda. Boleh juga ditambah buah lemon ke dalam air minuman anda.

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Anda juga boleh mengambil suplemen tambahan dalam Set Kehamilan Shaklee untuk mengurangkan rasa loya sekaligus membantu mendapatkan nutrisi yang secukupnya untuk keperluan anda dan bayi dalam kandungan.



0 comments:

Post a Comment