Thursday, November 02, 2017

Tips Mengurangkan Sakit Belakang Ibu Hamil

Ibu hamil sering mengalami masalah sakit belakang terutamanya bila mula masuk trimester yang kedua. Maklumlah dari sehari ke sehari bayi dalam perut ibu tu semakin membesar kan. Ibu hamil terpaksa menampung berat badan yang semakin bertambah.

Ada ke cara untuk mengurangkan sakit belakang ibu hamil ni?




Tips yang akan saya kongsi ni in Shaa Allah boleh membantu mengurangkan sakit belakang ibu-ibu hamil. Kena cuba tau.


TIPS MENGURANGKAN SAKIT BELAKANG IBU HAMIL

Postur badan

Pertama sekali, ibu hamil perlu pastikan postur badan ibu berada dalam keadaan yang betul. Biar ibu rasa selasa bila melakukan aktiviti seharian termasuk duduk, bangun, berdiri dan tidur. Elakkan daripada melakukan kerja yang berat seperti mengangkat sesuatu yang berat. 

Jika ibu hamil terpaksa buat kerja sambil duduk, ibu boleh di atas alas kusyen yang lembut dan bangun berdiri dan berjalan sekali sekala untuk memastikan aliran darah berjalan lancar.


Bersenam

Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat kurangkan tekanan ibu hamil. Lakukan secara perlahan. Buat posisi merangkak dan tegakkan belakang ibu. Tarik nafas dan bila hembus nafas cuba kemut otot lantai pelvis selama 5 hingga 10 saat tanpa menahan nafas serta tanpa menggerakkan belakang ibu ye. Tenangkan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.




Urutan

Ibu hamil boleh meminta suami melakukan sedikit urutan pada bahagian belakang sebelum tidur. Ini sedikit sebanyak mampu membuatkan ibu hamil berasa lebih nyaman dan dapat melegakan otot-otot yang penat. Tapi kena ingat ye, lakukan urutan yang bertujuan untuk melegakan kesakitan. Tidak perlu melakukan urutan secara kuat dan elakkan dari mengurut pada bahagian perut.


Berenang 

Ianya merupakan senaman yang selamat untuk ibu hamil. Andaikata ibu hamil tak tahu berenang, cukup sekadar ibu hamil berpaut pada leher suami untuk sokongan dan menendang air selama 15 ke 20 minit. Pastikan ada selang masa untuk berhenti berehat seketika kemudian menyambung kembali senaman berenang tu ye. 


Bantal maternity

Bantal untuk ibu hamil juga turut membantu mengurangkan sakit belakang. Ia menyokong perut, tulang belakang serta pinggang.





Kurangkan sakit belakang ibu hamil dengan pengambilan pil Kalsium

Suplemen kalsium sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sakit belakang ketika mengandung. Ia bukan sahaja membantu melegakan masalah sakit belakang, sakit pinggang, malah ia juga membantu masalah kejang kaki, sembelit dan masalah sakit gigi.
Kalsium Shaklee bukan Sekadar Kalsium atau lebih dikenali sebagai Ostematrix mengandungi beberapa elemen lain yang menting untuk membantu penyerapan berkesan.

Pengalaman pengguna Ostematrix Shaklee






Diharap semua perkongsian dapat memberi manfaat pada semua khususnya untuk ibu hamil di luar sana.
Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi berkaitan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya:


Call/Sms/WhatsApp: 013 – 433 3652
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Add FB : Sharifah Zawiyah
Follow FB Page: MamaZiqry Vita Shoppe

COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli secara online dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk 'JOIN NOW'
Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA ( Foodand Drud Administration). Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment