Monday, June 13, 2016

9 Perubahan Ibu Semasa Hamil

Assalamualaikum semua...

Setiap seorang ibu mempunyai perjalanan proses kehamilan yang berbeza-beza. Yang pasti, sama ada pengalaman pahit atau manis, ianya akan tetap menjadi memori terindah sepanjang hayat buat ibu.


Dalam proses kehamilan, biasanya banyak perubahan semasa hamil yang berlaku pada ibu-ibu. Dari awal kehamilan hinggalah tiba waktu bersalin. Pengalaman sendiri, ada la beberapa perubahan tersebut terjadi semasa proses kehamilan saya. Jom tengok apa dia 9 perubahan ibu semasa Hamil...

9 Perubahan Ibu Semasa Hamil

1) Alahan  @ Morning Sickness
Mual dan loya menjadi perkara biasa bagi ibu hamil terutamanya di awal kehamilan. Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan salah satu kesanya ialah berlaku alahan atau morning sickness.Masa-masa ini lah akan terjadi simptom tak lalu nak makan. Makan atau minum apa pun boleh muntah kesemuanya.


Ibu mungkin boleh cuba makan buah-buahan untuk kurangkan rasa loya dan menjamah makanan yang ibu rasa boleh makan mengikut selera ibu, sekurang-kurangnya alas perut tu yang penting supaya tidak masuk angin. Jangan biarkan perut kosong ya.

Alternatif lain, peppermint ginger untuk kurangkan rasa loya semasa hamil. Pengalaman saya semasa hamil, ESP dan Performance Drink memang saya akan consume masa awal kehamilan lagi. Sangat membantu!!

Disebabkan kurang selera pada makanan lain, ESP saya ambil untuk mengalas perut masa saya mengalami alahan yang teruk. Performance drink penting untuk mengelakkan badan dehidrat @ kurang air disebabkan selalu muntah-muntah.


2) Payudara membesar
Payudara biasanya akan membesar kerana hormon untuk menghasilkan susu akan membesarkan pembuluh darah kita untuk mengalirkan nutrisi ke dalam susu ibu nanti. Kelenjar susu mula aktif selepas masuk trimester ketiga.

Cecair kuning (kolostrum) akan mula keluar bila mana usia kandungan semakin meningkat. Kolostrum merupakan makanan terbaik untuk bayi di awal kelahirannya nanti. Puting susu akan meningkatkan kepekaannya  malah puting juga bertukar menjadi warna lebih gelap.


3) Kaki membengkak
Peredaran darah mungkin tidak lancar masa hamil terutamanya pada kaki ibu menyebabkan pembuluh darah pada kaki merasa tertekan. Pembuluh darah semakin tertekan bila mana kandungan semakin membesar mengakibatkan peredaran darah darah pada kaki menjadi lambat. Duduk atau berdiri terlalu lama menyebabkan saluran darah mengembang dan kaki membengkak.

Ibu boleh mengelakkan makan makanan masin, minum air secukupnya dan tinggikan kaki semasa tidur. Pengalaman saya masa mengandung Ziqry, memang kaki mula membengkak masa kandungan 6 bulan sampai bersalin.

Alhamdulillah, masa mengandung adik Zeyad, kaki membengkak tak pernah jadi langsung sampailah bersalin. Bezanya, masa mengandung Ziqry belum kenal dengan Shaklee dan masa mengandung Zeyad, saya consume Set Kehamilan Shaklee sejak awal-awal lagi ;)


4) Sesak nafas dan mudah penat
Kandungan yang semakin membesar menyebabkan tekanan pada ruang pernafasan. Buat kerja sikit dah rasa penat. Baru berjalan sikit dah rasa mengah. Ini memang biasa terjadi. Ibu-ibu..elakkan buat kerja dengan terlalu cepat atau memaksa diri buat kerja yang ibu tidak mampu ya.. Lebihkan masa untuk berehat dan tidur jika rasa terlampau letih.


5) Sembelit
Selalunya terjadi disebabkan kekurangan vitamin dan zat besi atau faktor lainnya kurang minum air kosong dan kurang mengambil makanan tinggi serat dan buah-buahan. Selain itu, rahim yang menekan usus kecil juga menyebabkan pembuangan air besar ibu hamil tidak lancar.

Lebihkan pengambilan sayuran, buah-buahan dan air kosong untuk memudahkan pencernaan yang sihat dan tidak sembelit. Jaga-jaga ya...sembelit merupakan permulaan kepada sakit buasir.

Baca : Cegah dan Rawat buasir semasa mengandung dan berpantang


6) Masalah keputihan
In terjadi disebabkan oleh hormon berubah dan bertambahnya aliran darah. Masalah keputihan boleh membahayakan janin sekiranya berlaku jangkitan kuman. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan, jaga kebersihan kawasan tersebut, tukar seluar dalam dengan kerap. Rujuk dengan doktor jika Lelehan menjadi gatal dan berbau.

7) Kerap nak terkencing
Apabila kandungan semakin membesar, rahim yang mengembang menekan pundi kencing menyebabkan pundi kencing terhimpit dan menimbulkan rasa selalu nak terkencing. Jika kerap terkencing, ibu mungkin boleh pakai panty liner. Lebih senang diuruskan selain daripada kerap tukar panties ;)

8) Kejang otot
Kekurangan nutrisi dan cairan meyebabkan gejala kejang otot mudah berlaku pada ibu hamil. Minum air kosong dengan cukup dan pastikan pengambilan kalsium cukup dalam diet harian ibu. Dalam perjalanan kehamilan saya, Ostematrix memang sentiasa ada untuk memastikan sumber kalsium dalam badan mencukupi.

Baca :  Cara mengatasi kekejangan kaki


9) Sakit gigi dan gusi berdarah

 
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan peredaran darah pada gusi dan hidung semakin meningkat. Jadi, gusi dan hidung berdarah sering terjadi pada ibu hamil. Masalah sakit gigi juga sering terjadi pada ibu hamil.

Kekurangan kalsium dalam badan ibu merupakan salah satu faktor sakit gigi ketika hamil kerana kalsium yang banyak sangat diperlukan untuk pembentukan otot dan tulang bayi.

Baca : Masalah sakit gigi ketika hamil


9 Perubahan Ibu semasa hamil adalah normal sekiranya tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi. Ada juga sesetengah ibu hamil yang mengalami kenaikan jerawat dan jeragat pada muka, menjadi seorag yang pelupa, ada juga yang katanya mengalami proses kulit menjadi gelap dan berdaki di kawasan-kawasan seperti ketika, peha dan leher.

Mungkin tak semua ibu mempunyai pengalaman yang sama. Apa pun yang jadi, jangan terlalu stress dan terlampau memberi tekanan pada diri ibu dan bayi. nikmati perjaalanan kehamilan ibu-ibu ya..sangat indah.

Lalui semua atau beberapa antara 9 perubahan ibu semasa hamil ini dengan tenang ya.

Salam sayang, Sharifah Zawiyah.

Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment