Thursday, June 09, 2016

Obesiti Punca Wanita Sukar Hamil

Assalamualaikum semua..

Berat badan berlebihan atau Obesiti Punca Wanita Sukar Hamil...Betul ke?


Obesiti terjadi bila mana seseorang individu itu mempunyai berat badan lebih 30% daripada berat badan ideal. Selalunya terjadi kepada mereka yang kurang gemar melakukan aktiviti seperti bersukan, tidak menjaga amalan pemakanan yang sihat serta mungkin menghadapi masalah kesihatan.


Ada kajian mendapati 28% wanita yang obesiti berisiko berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Sekiranya hamil, kandungan mereka mungkin tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran , berisiko untuk mengalami keguguran, risiko kecacatan pada bayi atau terdedah kepada risiko kelahiran pra-matang


Obesiti punca wanita sukar hamil. Selalunya, wanita yang obes mempunyai masalah kitaran haid terganggu dan sukar untuk menentukan waktu subur. Ini merupakan salah satu faktor kesukaran untuk hamil.

    Wanita obes juga biasanya mempunyai masalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan proses ovulasi terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan. Ini sering dikaitkan dengan wanita yang  meghidap penyakit PCOS (Sindrom Ovari Polistik) iaitu punca utama masalah kesuburan.


Risiko ketika Mengandung bagi wanita obes
  • Risiko menghidap Diabetis semasa hamil. Ibu hamil yang menghidap diabetes berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang besar. Bayi yang terlalu besar memerlukan pembedahan atau caesarean.
  • Risiko menghidap tekanan Darah Tinggi semasa mengandung. Jika tekanan darah tidak di kawal boleh menyebabkan sawan dan menggangu pertumbuhan kandungan.

Obesiti punca wanita sukar hamil. Oleh itu, wanita yang mempunyai masalah obesiti dan teringin mempunyai cahaya mata sendiri digalakkan untuk menurunkan berat badan seiring dengan usaha anda untuk mempunyai zuriat sendiri.

Set Kurus Shaklee dan Set Kesuburan Shaklee ada untuk membantu anda!!
Perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya ya..

Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment