Thursday, August 11, 2016

Bahaya sembelit Semasa Mengandung


Assalamualaikum semua..

Semasa mengandung, hampir kesemua wanita mengadu mempunyai masalah sembelit terutamanya di hujung-hujung kehamilan. Ini memang biasa berlaku.

Namun, tahu tak Bahaya sembelit semasa mengandung ni sebenarnya. Ada orang kata kalau silap teran, boleh membahayakan diri dan bayi tau, terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah rahim lemah.


Jika kerap berlaku mungkin juga boleh menyebabkan pendarahan atau buasir yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Masalah buasir harus dirawat segera bagi mengelakkan ia menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkan anak.


Baca: Cegah dan Rawat Buasir ketika mengandung dan berpantang


Bahaya Sembelit semasa mengandung ni tau. Ibu-ibu, jom ambil tahu apa antara punca-punca berlakunya sembelit semasa mengandung
  • Punca Utama Sembelit di kalangan wanita hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga boleh menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rectum.
  • rasa kerisuan yang melampau
  • kurang melakukan aktiviti atau pergerakan fizikal  
  • pengambilan makanan yang kurang serat (fiber).
  • kandungan hormon progesterone yang banyak dalam tubuh wanita hamil menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.
  • kurang pengambilan air atau dehidrasi
  • Pil suplemen zat besi juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit.


TIPS ATASI BAHAYA SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG

  • Pastikan minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuman jus dan yogurt atau ibu-ibu boleh amalkan pengambilan air suam sebaik sahaja bangun pagi bagi membantu melancarkan pembuangan.  

  • Lebihkan sumber makanan banyak fiber atau serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur sayuran, buah buahan. Serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)
  • Lakukan aktiviti atau selalu bergerak aktif. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senaman (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar. 
  • Tidak menahan diri atau melambat-lambatkan pembuangan air besar untuk mengelakkan najis menjadi keras dan kering. 
  • Dapatkan nasihat doktor jika berlaku sembelit disebabkan oleh pil suplemen zat besi yang didapati daripada pusat kesihatan
  • Hidup secara sihat dan gembira untuk elakkan stress/tekanan atau kerisauan yang melampau. Semua orang mempunyai masalah, namun yang penting adalah bagaimana cara kita untuk mengatasinya. Hadapi perkara-perkara pahit atau masalah seharian dengan tenang dan cut-off dengan senyuman daripada perkara yang menggembirakan ya


CARA MUDAH UNTUK MENGELAKKAN BAHAYA SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG

Dapatkan bantuan nutrisi daripada suplemen. Jangan pilih suplemen sembarangan ya. Pastikan suplemen yang ibu pilih selamat untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Cara saya untuk mengelakkan bahaya sembelit semasa mengandung, saya amal pengambilan Set Kehamilan Shaklee sepanjang proses kehamilan saya. Ambil secara konsisten setiap hari terutamanya ostematrix.

Alhamdulillah semuanya lancar. Nak tahu kebaikkan Ostematrix untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu boleh klik SINI ya.

Baca : Tips Meredakan Sembelit selepas bersalin


Sembelit biasa mungkin nampak tidak berbahaya. Namun awas ya ibu-ibu..sembelit yang teruk disertai dengan masalah lain seperti sakit perut yang keterlaluan, sembelit yang diselang selikan dengan cirit-birit atau sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah, sila dapatkan rawatan dengan segera.

Nak elak bahaya sembelit semasa mengandung, boleh cuba cara mudah yang saya syorkan ya. Memang sangat-sangat membantu ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment