Tuesday, August 09, 2016

Cara Mudah Tentukan Waktu Subur Wanita

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share info yang saya rasa agak penting bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri terutamanya kepada isteri-isteri di luar sana.

Waktu subur seseorang wanita biasanya berlaku pada hari ke 14 daripada hari pertama keluar darah haid. Namun cara ini agak sukar untuk ditentukan sekiranya wanita tersebut mengalami masalah haid yang tidak teratur.


Nak tahu cara mudah tentukan waktu subur wanita?


Info ini hasil perkongsian Dr. Zubaidi dan Dr. Hamid Arshat (pakar kesuburan). Seseorang wanita yang ingin melakukan analisa ini haruslah membasuh tangannya terlebih dahulu supaya bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.


CARA MUDAH TENTUKAN WAKTU SUBUR WANITA

1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal (pangkal rahim @ serviks). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4.  Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir kerana ia akan mengelirukan keputusan.

5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah.


6. Namun, pengeluarannya akan semakin banyak dan berwarna jernih seperti putih telur. Apabila direnggangkan, boleh dijalurkan tanpa putus. Penting, pada waktu penetasan telur, lendir ini paling banyak keluar daripada faraj. Kadang kala disertai dengan rasa senak dibawah perut/ari-ari kerana ketika itu telur sedang menetas @ berlaku ovulasi.

Ini lah waktu terbaik untuk mengadakan hubungan dengan suami untuk hamil. Lendir yang cair dan jernih adalah sangat penting untuk membolehkan sperma-sperma menembusinya untuk masuk kedalam rahim. Dipercayai ketika sperma melalui lendir serviks, mereka memperolehi daya 'capacitance' atau kemampuan untuk bercantum dengan telor/ovum.

Beberapa hari selepas penetasan telor/ovulasi, lendir serviks akan bertukar menjadi pekat dan keladak dan ia tidak boleh lagi ditembusi oleh sperma-sperma. Situasi yang sama berlaku jika ada jangkitan kuman dalam faraj atau pada serviks. Lendir boleh dicemari oleh kuman-kuman dan sel-sel inflamasi, mungkin menyebabkan perubahan berlaku pada lendir serviks dan sukar untuk ditembusi oleh sperma-sperma.

7. Perlu diingatkan, anlisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan hubungan bersama suami kerana kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Keputusan mungkin boleh  mengelirukan anda, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.


CARA LAIN UNTUK MENDAPATKAN LENDIRAN CERVICAL MUCUS

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, sila dapatkan nasihat doktor dan berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Atau boleh juga ikhtiar dengan mengamalkan GLA Complex.

GLA Complex Shaklee berfungsi untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan wanita itu. Cecair yang subur akan membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio lalu bersenyawa dengan sel ovum. 

Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih lagi hidup di situ sehingga hari ke-5. 

Baca : Testimoni Set Kesuburan Shaklee




Jadi, jika ada yang masih belum dikurniakan rezeki anak, atau dah pernah beranak tapi sudah 5-6 tahun tak dapat juga anak kedua bolehlah cuba cara mudah tentukan waktu subur wanita dengan memeriksa cecair serviks masing-masing. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Boleh cuba GLA Complex untuk membantu anda!

Salam sayang, 
Sharifah Zawiyah

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment