Wednesday, September 13, 2017

7 Checklist Sebelum Rancang untuk Hamil

Perancangan untuk hamil seharusnya dibuat 3 bulan sebelumnya. Pernah dengar tak?

Saya percaya ada pasangan yang masih belum atau tidak ambil peduli penyataan di atas. Ianya sangat penting tau. Ini kerana sekiranya anda tidak tahu tentang kehamilan anda dan masih melakukan perkara-perkara yang dilarang, ianya boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan.



Oleh itu, saya sediakan 7 checklist sebelum rancang untuk hamil yang perlu dan penting untuk anda tahu ;)



7 Checklist Sebelum Rancang untuk Hamil


Untuk memperoleh zuriat yang terbaik, beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti di bawah:

1. Seimbangkan berat badan anda dengan ketinggian supaya memperoleh berat badan yang ideal. Ini kerana berat badan sering berkait rapat dengan kebolehan untuk hamil. Contohnya, wanita yang mengalami obesiti boleh menyebabkan gangguan pada prestasi organ tubuh badan termasuklah organ reproduksi itu sendiri. 

Kadar kolesterol yang mungkin tinggi menggangu keseimbangan hormon, seterusnya menjadi penyebab terganggunya kitaran haid wanita. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan kesukaran untuk menganggar waktu subur atau ovulasi tidak dapat dikesan dengan tepat. Hal ini menyebabkan peluang untuk hamil tipis.



2. Jauhi amalan merokok dan minuman beralkohol kerana ia memudaratkan kesihatan bayi sebelum dan selepas dilahirkan.

Perlu anda tahu, tabiat merokok mengandungi bahan-bahan pencemar yang terbukti dalam menurunkan kualiti sperma lelaki. Keadaannya serupa jika anda seorang yang mengambil ganja, heroin, dan kokain, dimana ia boleh mengkibatkan terganggunya rembesan hormon prolaktin dan gonadotropin sehingga pelepasan sel telur pada wanita menjadi terbantut.


Wanita yang minum minuman beralkohol dikatakan akan menekankan pengeluaran hormon progesteron dan estrogen akan tetapi meningkatkan kadar prolaktin sehingga menghalang proses ovulasi


Tidak kurang juga lelaki yang kerap minum minuman beralkohol akan mengurangkan saiz testis dan boleh menurunkan kuantiti air mani, mobiliti, morfologi, dan kepekatan spematozoa mereka. sehingga ia juga memberi kesan kepada punca kenapa susah hamil.


3. Gaya hidup sihat membantu anda untuk hamil. Amalkan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam supaya tahap kesihatan anda berada pada tahap yang terbaik. Ianya juga membantu untuk mengurangkan stress.

Gaya hidup yang tidak menentu dan sering mengalami tekanan boleh menyebabkan gangguan spermatogenesis, spasme tiub fallopio, gangguan ovulasi, dan menurunnya ghairah berbubungan suami-isteri. sehingga menjadi penyebab kenapa susah hamil.  


4. Berhenti makan pil perancang bagi pasangan yang merancang kehamilan. Sebaiknya elakkan selama tiga kitaran haid sebelum anda mencuba untuk hamil. Hal ini membolehkan badan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitaran haid yang normal.

Kitran haid yang normal penting untuk mengesan dan menganggar waktu subur atau ovulasi dengan tepat. Hal ini akan meningkatkan peluang untuk hamil.


5. Rancang usia hamil sebaiknya. Usia 20an adalah waktu terbaik untuk hamil. Ini kerana tahap kesuburan tinggi masa ni, kudrat badan pun kuat dan sihat in shaa Allah untuk berbadan dua sambil menguruskan anak-anak yang lain  Manakala kehamilan selepas usia 35 tahun pula meningkatkan risiko kehamilan yang bermasalah kecuali jika tahapa kesihatan anda adalah baik, sihat dan cergas.


6. Amalkan pengambilan asid folik 3 bulan sebelum hamil. Supplemen asid folik 400 mcg diperlukan setiap hari sebagai persediaan supaya ovari dapat menghasilkan ovum yang sihat sebelum persenyawaan berlaku. Pengambil asid folik dapat mengurangkan risiko bayi terkena neural tube defect seperti spina bifida dan juga mengurangkan risiko serangan jantung, stroke, cancer dan diabetes.

Vitamin lain termasuk multivitamin pelengkap nutrisi juga adalah ikhtiar yang dapat membantu memperbaiki masalah ketidaksuburan dan meningkatkan peluang untuk berjaya hamil sekiranya diamalkan secara konsisten dan sabar in shaa Allah.


7. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya ada masalah sukar hamil atau sejarah kehamilan berisiko, berpenyakit keturunan seperti thalassemia, hemofilia dan cystic fibrosis. Melalui kaunseling tersebut, anda boleh mengetahui kebarangkalian untuk hamil dan risiko sama ada penyakit tersebut turun kepada anak atau tidak.

Dapat  fahami 7 Checklist Sebelum Rancang untuk Hamil kan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua pasangan suami isteri terutamanya yang sedang ikhtiar untuk mendapat zuriat soleh dan solehah. Moga usaha kalian dipermudahkan ya.


Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : 
Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : 
MamaZiqry Shaklee Penang
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI


COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Bayan Baru, Georgetown) dan Pos Laju ke seluruh Malaysia



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment