Tekanan darah tinggi (hipertensi) merupakan salah satu masalah kesihatan yang biasa berlaku pada ibu hamil. Faktor genetik mungkin menyebabkan sesetengah ibu hamil mengalami masalah ini. Namun, faktor persekitaran dan gaya hidup juga turut mempengaruhi perkembangan kesihatan ibu hamil.
Jadi, setiap wanita perlulah memilih sihat ketika hamil bagi mengurangkan risiko terjadinya masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.
Jenis-Jenis Hipertensi Bagi Ibu Hamil
Purata tekanan darah yang normal ialah di antara 110/70 atau 120/80. Jika bacaan tekanan darah menjangkau 140/90 doktor akan mengambil bacaan sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
Umumnya, masalah hipertensi terbahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu:
- Gestanional Hypertension – Berbeza dengan Pre-Ekslampsia kerana tiada protein dalam urin.
- Pre-Ekslampsia (PE) – Tekanan darah tinggi pada ibu hamil dan kadar protein berlebihan dalam urin
- Eklampsia (sawan mengandung) – Penyakit tekanan darah tinggi ibu hamil yang paling serius.
Pra-Eklampsia semasa Hamil
Paling dikhuatiri kesan daripada tekanan darah tinggi terhadap ibu hamil ialah gejala Pra-eklampsia atau Eklampsia (Sawan). Ini adalah kerana gejala tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang serta mendatangkan bahaya terhadap janin di dalam kandungan.
Pra-eklampsia adalah satu keadaan apabila berlakunya tekanan darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing (protinuria) dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan.
Masalah Pra-eklampsia boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, namun masalah praeklampsia boleh dikawal.
Antara tanda-tanda pra-eklampsia ialah:-
- Bengkak (edema di bahagian kaki)
- Sakit kepala
- Penglihatan kabur, dan terjejas
- Mengalami kesakitaan di perut
- Loya dan muntah
Pra-eklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Perkembangan bayi bagi ibu yang mengalami Pra-eklampsia adalah kecil berbanding usia atau boleh mengalami uri terpisah dari rahim (placenta abruption).
Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah ibu akan menjadi sangat tinggi dan ibu beserta bayi dalam kandungan menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Lazimnya, Eklampsia terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.
Penyebab pra-eklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Kecenderungan ibu mendapat Pra-eklampsia pada kehamilan pertama atau jika terdapat jarak yang besar (contohnya 10 tahun) antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya.
Risiko lebih terjadinya Pra-eklampsia jika ibu:
- berumur 40 tahun atau lebih
- obesiti, dengan BMI 35 atau lebih.
- menerima rawatan perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah, termasuk tekanan darah yang tinggi, masalah ginjal, atau diabetes
- mengandung kembar or berganda
- mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga
- kurang vitamin D dalam badan.(dikatakan vitamin D berfungsi sebagai pencegahan di awal kehamilan)
- mempunyai protein tinggi dalam darah atau urin : mempunyai risiko lebih besar kerana pembuluh darah akan terganggu oleh kandungan protein ini.
- Pernah mengalami pra-eklampsia pada kandungan yang terdahulu.
6 Cara mengelakkan Pra-Eklampsia
1. Mencukupkan keperluan kalsium semasa hamil. Ada kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang cukup boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi yang terjadi semasa kehamilan.
2. Mengambil multivitamin yang boleh membantu mengisi lompong-lompong nutrisi dalam badan. Sesetengah kajian mendapati, multivitamin sangat membantu mengurangkan risiko pra-eklampsia hingga 50%. Vitalea-Iron Formula merupakan formula multivitamin yang paling lengkap dan ia turut dilengkapi dengan zat besi merupakan cadangan multivitamin terbaik yang diperlukan ibu hamil.
3. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko Pra-Eklampsia.
4. Sentiasa membuat pemeriksaan gigi bagi mengelakkan masalah sakit gigi semasa hamil. Bakteria perosak gusi boleh menjadi faktor pendorong berlakunya Pra-Eklampsia. Pemeriksaan gusi dan gigi berkala sepanjang kehamilan boleh membantu mengelakkan serangan bakteria yang boleh merosakkan gigi ibu hamil atau menyebabkan infeksi.
5. Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan urin sepanjang kehamilan untuk memeriksa kandungan protein dalam urin. Jika terdapat simptom yang berkaitan, rawatan dan pemantauan awal boleh dilakukan.
Pra-Eklampsia - Pengalaman Sendiri
Pengalaman saya mengalami masalah Pra-eklampsia pada kehamilan pertama menyebabkan saya lebih cenderung untuk memilih sihat semasa hamil pada kehamilan kedua. Saya disahkan mengalami Pra-eklampsia semasa kandungan berusia 39 minggu. Tekanan darah naik secara tiba-tiba (140/90) menyebabkan saya di tahan wad bagi memudahkan pantauan daripada doktor.
Lebih kurang 4-5 jam doktor memantau tekanan darah saya, namun tidak menunjukkan penurunan yang memberangsangkan sehinggalah mesin CTG menunjukkan kadar degupan jantung bayi tidak baik. Doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan. Alhamdulillah semua selamat, dan bayi pertama lahir dengan 2.4kg sahaja.
Cara saya Awasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil dan elak berlakunya masalah Pre Eklampsia ni dengan mengambil Set Kehamilan Shaklee dengan konsisten semasa kehamilan kedua saya. Saya cuba ikhtiar yang terbaik untuk bayi dalam kandungan juga untuk diri saya sendiri.
Alhamdulillah..pengalaman hamil kali kedua bersama Set Kehamilan Shaklee sangat mudah dan tidak mengalami apa-apa masalah. Syukur pada Allah kerana menemukan saya dengan Vitamin Shaklee.
Vitamin Wajib untuk Awasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Omega GuardMinyak Ikan Tulen Shaklee yang bantu mencegah penyakit salur darah dan strok. DHA dan EPA dalam Omeg Guard membantu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar.
Oleh sebab itu, Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ostematrix
Ostematrix pula merupakan kalsium Shaklee, bukan sahaja bagus untuk tulang dan gigi malah turut membantu meringankan stress. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, perubahan emosi dan sakit kepala.
Sebiji Ostematrix @ Kalsium Shaklee membekalkan khasiat umpama segelas susu tinggi kalsium. Pengambilan 4 biji Ostematrix setiap hari membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan ibu hamil.
Setiap individu termasuk ibu hamil mempunyai pilihan untuk mencapai tahap kesihatan paling optimum. Sebagai ibu hamil, ketahui makanan ibu hamil yang terbaik untuk ibu dan juga bayi. Cuba amal 10 cara kehamilan yang sihat supaya perjalanan proses kehamilan ibu berjalan dengan lancar.
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment