Jerawat oh Jerawat. Jangan salah anggap ya. Jerawat bukannya timbul semasa remaja je, malah yang bukan remaja( mak ayah budak) pun sering didatangai masalah jerawat jika terdapat faktor yang membolehkan jerawat terjadi.
Jerawat terjadi apabila pembukaan kelenjar sebum tersekat lalu menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.
Jerawat terjadi pada kebanyakan remaja lelaki dan perempuan disebabkan perubahan hormon di dalam tubuh mereka yang membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.
Gusar melihat jerawat serta parut-parut yang terpalit yang mencelakan penampilan wajah?
Jom amal Petua Semulajadi Hilangkan Jerawat dengan Mudah. Mudah ke? Jom tengok!
Petua Semulajadi Hilangkan Jerawat dengan Mudah
Tomato
Terkenal sebagai agen kecantikan kulit dan sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads, pori terbuka pada permukaan kulit dan juga menghilangkan jerawat. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Caranya, belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit atau sehingga kering. Kemudian Cuci dengan air. Cara mudah saya, Blend beberapa biji tomato, simpan dalam peti ais jadikan ais kiub tomato. Gunakan satu kiub ais tomato untuk sapu pada wajah setiap kali lepas mencuci muka. #cikgumary
Lendir Aleo Vera (Lidah buaya)
Aloe vera kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu untuk menghilangkan jerawat dan memudarkan parut. Aleo vera juga bagus untuk melembapkan kulit dan dan memulihkan kulit yang rosak dan kering. Hanya ambil lendir aleo vera dan sapu pada wajah.
Mudah bukan? Sapu Aloe Vera ini memang best sebab menyejukkan kulit muka. konsisten buat berterusan ya.
Timun
Selalunya timun digunakan untuk menyegarkan mata yang sembab dan keletihan kan. Tapi kali ni, untuk hilangkan jerawat, ambil timun yang telah dikisar dan di sapu di kawasan jerawat. Biarkan kering 30 hingga 45 minit dan bilas. Muka akan kelihatan sangat segar.
Bawang Putih
Bawang putih merupakan remedi semulajdi yang mengandung antioksidan yang tinggi dan merupakan agen anti bakteria unutk membunuh kuman jerawat. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.
Madu
Madu
Merupakan antibakteria dan pelembap semulajadi yang dapat membantu membersihkan kulit. Ambil satu sudu besar madu dan sapukan keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20-30 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu.
Hasilnya boleh lihat sendiri bila anda mencuba ya ;)
Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis bagus untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. Untuk permulaan, letakkan nipis-nipis serbuk kulit kayu manis ini sebab ianya panas dan boleh memberi kesan pedih terhadap kulit wajah. Boleh juga dicampur bersama madu sebagai masker untuk kesan lebih menakjubkan!
Air Basuhan Beras
ini petua paling senang untuk ibu di dapur. Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Vitamin
Erkk..tadi kata petua semulajadi? Ya, kita gunakan suplement yang semulajadi untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat iaitu Set Kulit Cantik Shaklee. Ramai dah terpaksa Cantik dan kacak tanpa jerawat bila guna Set Kecantikan Shaklee tau. Macam pengguna yang di bawah ni.. ;)
Testimoni Vitamin Semulajadi
Testimoni Vitamin Semulajadi 1
Testimoni Vitamin Semulajadi 2
Testimoni Vitamin Semulajadi 3
Testimoni Vitamin Semulajadi 4
Testimoni Vitamin Semulajadi 5
Banyak tipsdan Petua semulajadi hilangkan jerawat dengan mudah. Terpulang kepada anda nak cuba yang mana satu ya. Yang penting memang kena cuba dan amalkan, barulah nampak hasilnya. Jika dibiarkan, risau takut melarat sehingga menjadi lagi teruk pula.
Jika pilih Vitamin Semulajadi dalam Set Kecantikan Shaklee, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi produk yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment