Saturday, May 04, 2019

Rangsang Sensori Anak Dengan Messy Play

Dont underestimate messy play.

Messy play merupakan aktiviti yang melibatkan bahan-bahan yang membuatkan anak-anak comot.




Antara contoh messy play adalah seperti bermain pasir, main air, main gam, main water color, main selut, dan main tepung.

Mak-mak kadang malas nak layan anak-anak bila melibatkan permainan 'kotor' ni.  Sebab aktiviti macam ni melibatkan kesabaran mak-mak kan🤭



Tapi tau Tak, aktiviti macam ni memang akan  bersepah dan comot, namun ianya akan memberi kesan yang sangat baik bagi anak terutamanya anak-anak yang sukar untuk fokus.

Kenapa?

Sebab permainan macam ni akan merangsang banyak aspek sensori ataupun deria anak-anak, dimana ianya boleh menseimbangkan dan membuat deria anak lebih peka dan berhubung antara satu sama lain.




Apabila deria anak lebih peka, anak-anak akan lebih sedar tentang persekitaran mereka.

Ini memudahkan mereka untuk faham dan respon dengan apa yang sedang terjadi di sekeliling mereka.

Maka seterusnya akan lebih memudahkan mereka untuk mereka belajar benda baru.


Jadi rangsang sensori anak dengan messy play pilihan anda dirumah, terutamanya bagi anak yang kurang fokus.

Kalau anak tak nak dan tak suka, kita sebagai mak ayah ni bantulah mereka ya😊😊
.
#messyplay
#speechdelay

0 comments:

Post a Comment