Sunday, April 19, 2020

Usaha Mama 'Nak Anak Cakap'

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..syukur rezeki saya hari ni berpeluang untuk menambah ilmu dengan team therapist yang saya kira agak popular di kalangan ibu bapa di Malaysia ni, especially yang mempunyai anak-anak  istimewa, yang lewat perkembangan atau masalah dalam perkembangan.


Anda ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, lewat perkembangan?


Tak perlu salahkan diri. Ucaplah Alhamdulillah.. Semua ibu yang bekerja mahupun surirumah mempunyai cabaran masing-masing. Yang pasti tujuan utama kita nak berikan yang terbaik pada anak-anak, InshaAllah😊

Sejujurnya dah beberapa tahun saya follow therapist Puan Aishah Kassim dan team. Banyak sangat perkongsian daripada puan Aishah dan team Aishah Akademi untuk membantu ibu bapa dalam usaha untuk bantu anak-anak masing-masing yang memerlukan perhatian.

 Dah banyak ilmu beliau yang saya cuba praktikkan pada anak-anak. Alhamdulillah..memang sangat membantu.



Usaha Mama 'Nak Anak Cakap'

Macam hari ni dalam Seminar Nak Anak Cakap 2020, banyak nota penting yang boleh membantu saya untuk saya membantu anak-anak saya. Ianya percuma tau😁



Sebahagian nota usaha Mama 'Nak Anak Cakap' 😊

Rasa sebak juga masa seminar tadi bila ternyata ramai ibu bapa yang struggle juga seperti saya malahan ujian dan bahagian mereka ada yang lebih berat lagi. Malunya saya😌.. Benarlah Allah menguji mengikut tahap kemampuan masing-masing..Belajarlah bersyukur atas segala nikmat dariNya.

Sedikit renungan..

Hari-hari kita akan belajar sesuatu. Ada positif,ada negatif. Pastinya sesuatu yang positif itu kita akan suka. Sesuatu negatif itu kita tolak tepi jauh-jauh.

Cuma, ketahuilah sebenarnya sesuatu yang negatif itulah yang akan 'menukar' diri kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Inilah proses kehidupan :)

Dalam seminar hari ni, selain ilmu perkembangan anak-anak, Saya juga belajar sesuatu.

Nak jadi salah seorang dalam kelompok positif, kita sendiri perlu usaha mula untuk jadi positif. Barulah akan datang satu demi satu perkara positif atau kawan positif yang akan melengkapi circle positif kita🥰

'BELIEVE THE MIRACLE...'

Bagi ibu bapa yang ada anak-anak istimewa khususnya. Follow la Team Aishah Kassim atau boleh juga cari ilmu yang boleh kita apply ilmu tersebut untuk anak-anak kita..

Terima kasih kerana berkongsi ilmu hari ni. InshaAllah moga ilmu dan usaha kita diberkati Allah.

Semoga terus maju jaya Puan Aishah Kassim dan team😊

#NAC2020 #autism #speechdelay #nakanakcakap

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah 

Follow IG saya: sharifahzawiyah

0 comments:

Post a Comment