Saturday, April 18, 2020

Punca Sakit Tumit Dan Cara Mengatasinya

Sakit tumit..nampak macam sakit biasa je. Tapi jangan tak tahu, ia boleh merosakkan mood dan menjejaskan aktiviti harian kita. Murung nak melakukan aktiviti harian sebab sakit tumit sangatlah menggangu.





Melalui pembacaan Saya, banyak faktor yang boleh dikaitkan menjadi punca kepada sakit tumit. Tetapi, Plantar Fasciitis antara punca utama berlakunya sakit tumit ni. Ianya keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.

 Keradangan pada bahagian plantar fascia, iaitu tisu tebal dan elastik yang menyambungkan tulang tumit (dipanggil calcaneus) kepada jari kaki dan membentuk lengkungan kaki.


Plantar fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap kejutan dan tekanan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang menyebabkan koyakan lebih teruk dan seterusnya menyebabkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.

Mereka yang mengalami plantar fasciitis biasanya akan mengalami rasa sakit mencucuk di tumit sebaik sahaja mula menapak selepas bangun dari tidur,
mula berdiri setelah duduk dalam tempoh waktu yang lama,
meningkatkan tahap aktiviti yang dilakukan terutamanya semasa tidak memakai kasut yang menyokong tapak kaki.


Cara Mengatasi Sakit Tumit

1. Kurangkan pergerakan dan rehatkan kaki anda. Bahagian tisu yang terjejas akibat plantar fasciitis memerlukan masa untuk sembuh. Jadi, elakkan dari berdiri atau berjalan terlalu lama yang boleh mencetuskan rasa sakit dan melambatkan lagi proses penyembuhan.

2.  Lakukan senaman regangan kaki.


Senaman regangan merupakan salah satu pilihan rawatan yang paling berkesan untuk pesakit plantar fasciitis.  Regangan bahagian bawah kaki, diikuti dengan bersenam dapat mengurangkan lekatan tisu, memperbaiki bentuk, membantu meningkatkan pelbagai gerakan dan boleh mengurangkan kesakitan.

3. Pakai kasut boleh menyokong tapak kaki. Tapak kasut yang lembut dan selesa boleh mengurangkan kesakitan sakit tumit.

4. Kekalkan berat badan sihat. Sekiranya anda obesiti, cuba capai berat badan normal bagi membantu mengurangkan jumlah tekanan yang dikenakan ke atas tumit. Semakin tinggi berat badan anda, dan semakin lemah otot kaki, kesannya lebih banyak tekanan ke atas tumit anda.

5. Rendam kaki dalam air suam. Cara ini bantu mengurangkan ketegangan pada kaki. Selain itu, boleh gunakan pek ais pada bahagian kaki yang terjejas untuk mengurangkan bengkak.

Ada satu tips yang sangat- sangat membantu untuk mengatasi sakit tumit ni. Ramai yang dah cuba. Ternyata memang berkesan.

Berminat nak tau lebih lanjut? Klik je Cara Berkesan Hilangkan Sakit Tumit Mencucuk tanpa ubat tahan sakit.



Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk Shaklee,boleh terus hubungi kami di:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 (klik untuk terus whatsapp saya) 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya: MamaZiqry Shaklee Penang

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


JOIN NOW ðŸ‘ˆ klik
Boleh isi form ni untuk register ahli shaklee, yuran rm35 seumur hidup. Lebih Jimat 20-30% daripada harga asal.

0 comments:

Post a Comment