Sedang mengira hari untuk menjejaki bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu seluruh umat islam..bulan yang penuh nikmat pahala, rahmat dan keampunan daripada Allah swt.
Ya..tahun ni mungkin ramadhan datang dengan keadaan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Tiada alunan merdu suara imam bertarawih di surau-surau dan masjid-masjid.. tiada juga kelihatan orang berpusu-pusu ke masjid dan surau seperti kebiasaan ramadhan tahun sebelumnya.
Jauh di sudut hati ini memang rasa sedih menyelubungi qalbu. Saya percaya bukan saya sahaja merasainya. Seluruh umat islam pasti terkesan seadanya. Terpaksa menyambut Ramadhan dalam keadaan begini demi menjayakan misi negara bebas daripada serangan virus covid 19.
Ini jihad kita.. Namun, ajarilah hati kita supaya wajib ada rasa syukur kepada Allah swt dan percaya ada hikmah disebaliknya.
Kebanyakan orang tidak bekerja ataupun bekerja dari rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan(PKP) ni. Nahh..Allah hadiahkan masa yang lebih banyak untuk kita fokus pada ibadah puasa tahun ini. Kita dapat lakukan banyak tadarus Al-Quran, dapat bertarawikh dengan lebih sempurna dan lakukan pelbagai amalan sunat lain yang diingini.
Berbeza dengan tahun sebelum ni, kita mungkin sibuk dengan kerja hakiki dan tugasan wajib setiap hari sehingga menjadikan alasan sibuk untuk menjalankan ibadah 'extra' di bulan ramadhan. Bulan Ramadhan tahun ni pasti menjadi suatu pengalaman yang amat berharga untuk kita.
Allah mahu kita kumpul sebanyak-banyak pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buang jauh-jauh perasaan negatif, perasaan stress, perasaan bosan yang melanda diri. Cuba nikmati setiap inci keseronokan untuk menyambut bulan penuh barakah. Kita tak tahu mungkin Ramadhan ini yang terakhir untuk kita..
Ramadhan merupakan syahrun mubarak (bulan keberkahan). Setiap ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan, maka Allah akan melipat gandakan pahalanya.
Ramadhan Tiba..ramadhan tiba.. semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi Ramadhan kali ini. Amin amin..
Jika anda nak dapatkan suplemen untuk meningkatkan tenaga anda beribadah tahun ini, dan mengurangkan masalah letih lesu atau dehidrasi, boleh klik Nikmatnya berpuasa dengan penuh tenaga.
Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk Shaklee,boleh terus hubungi kami di:
Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 (klik untuk terus whatsapp saya)
Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.
Klik Like & Follow FB Page saya: MamaZiqry Shaklee Penang
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
JOIN NOW 👈 klik
Boleh isi form ni untuk register ahli shaklee, yuran rm35 seumur hidup. Lebih Jimat 20-30% daripada harga asal.
Boleh isi form ni untuk register ahli shaklee, yuran rm35 seumur hidup. Lebih Jimat 20-30% daripada harga asal.
0 comments:
Post a Comment