Saturday, January 24, 2015

Tips Cegah dan Rawat Masalah Ruam

Selamat hari sabtu semua..moga cuti2 ni anda semua boleh nikmati masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang ye. Hari ni dok scrol2 fesbuk, saya jumpa info ni pulak. So, hari ni seronok nak menulis info yang saya baca tadi iaitu tips cegah dan rawat masalah ruam pada bayi..
Sebelum tu, jom ambil tahu sikit apa punca boleh berlakunya ruam pada bayi kita?

Yang pertamanya..alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Bahan utama dalam pembuatan lampin pakai buang ialah pulpa dan bahan sintetik. Proses melembut dan menggebukan pulpa menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu telah menghasilkan bahan kimia iaitu dioxin.

Selain itu, pemakaian lampin yang terlalu lama atau lampin tidak / lambat ditukar juga boleh mengakibatkan berlakunya ruam pada bayi. Ada juga sesetengah bayi yang sensitif atau alah pada bahan pencuci sama ada sabun atau pelembut kain. Semua ni boleh jadi antara punca berlakunya ruam pada bayi kita.

Cegah dan Rawat Masalah Ruam

Setiap kali nak tukar lampin anak, basuh punggung dan kawasan sekitarnya... Perlu ingat, jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

Seterusnya, Lap dengan kering atau sebaiknya anginkan terlebih dahulu untuk beri pengudaraan yang baik pada kawasan punggung dan sekitarnya. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

Ada juga sesetengah orang yang menggunakan kaedah tradisional untuk merawat masalah ruam. Antaranya dengan menggunakan manjakani, daun buluh, ubi bemban, tepung ubi, air kelapa dan limau purut.

Tapi hari ni saya nak suggest Produk Shaklee untuk mengatasi masalah ruam..Krim Herbal Blend!



Kesian adik ni selalu garu-garu belakang sebab masalah ruam yang dihadapi. Mujur ibunya ikhtiar menggunakan herbal blend Shaklee. Alhamdulillah..dengan izin Allah. Serasi..masalah ruam adik ni dapat diatasi.

Nak tahu lebih info dan testimoni herbal blend Shaklee ni, boleh klik di SINI

Nak cuba? Harga rm27.50 sahaja, botol besar. Nak dapatkannya, boleh hubungi saya di 013-433 3652 Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment