Semua ibu ayah mahukan kulit bayi mereka sentiasa bersih dan sihat kan..bayangkan la betapa seronoknya kita membelai kulit bayi yang halus dan lembut. Tapi Bagaimana hendak mendapatkan / mengekalkan kulit bayi agar bebas daripada cela?
Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan untuk
menjaga kulit bayi sihat dan
bersih..Jom baca
1. Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang
diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan
bayi selesa dan kurang merengsakan kulit bayi.
2. Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali
kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim
mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan
bayi.
3. Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup
untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan
pada kulit bayi.
4. Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan
permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.
5. Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang
bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang
baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi
perlindungan tambahan.
6. Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan
bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.
7. Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama
untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.
8. Penggunaan losyen pelembap turut membantu
mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak
mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya.
9. Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang
dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia
untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka
sendiri.
Saturday, May 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment