Saturday, May 18, 2013

Wanita Hamil Dan Keletihan

  No comments    
categories: 


Wanita Hamil dan keletihan memang selalu dikaitkan. Ini kerana, Kehamilan itu sendiri meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda berasa sangat letih
terutama di awal kehamilan.

Dalam trimester pertama, badan seorang wanita hamil bekerja dengan lebih kuat dalam melakukan proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda yang hanya akan berakhir pada hujung trimester pertama. Perubahan tahap hormon dan metabolisme berlaku dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua situasi ini menyebabkan wanita hamil menjadi terlalu letih.

Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?

Keletihan semasa hamil adalah berbeza bagi setiap orang. Namun kebiasaannya wanita hamil mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Kebanyakan wanita mengalami symptom mabuk, loya dan muntah, dan hilang selera makan yang menyebabkan keletihan dalam trimester pertama. Anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa jika simptom anda mengganggu tidur. Biasanya simptom ini akan berkurangan menjelang pada minggu ke-12 kehamilan atau berada dalam trimester ke-2.

Namun, tidak dinafikan juga terdapat segelintir wanita hamil yang tidak bernasib baik dan masih berada dalam keadaan yang tidak sihat selepas minggu ke-16 kehamilan dan seterusnya mengalami keletihan pada trimester yang ketiga bermula pada bulan ketujuh.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?



Fahami Kehendak Badan Anda

Anda boleh cuba untuk tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Jika anda berada di tempat kerja, luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk tidur sebentar dan merehatkan badan dan kepala anda. Pasti ianya akan membawa perbezaan kepada anda.
 
Cuba Atur Jadual Anda Sebaik Mungkin
 
Tidak salah sekiranya sekali sekala anda membawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal ke rumah dan mendapatkan rehat dalam keadaan yang selesa. Atau jika anda sudah pun menjadi seorang ibu, ambillah masa yang sesuai untuk merehatkan badan sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

Jaga Makan Anda
 
Pengambilan makanan yang seimbang amat penting semasa kehamilan, kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan diperlukan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, wanita hamil perlu elakkan atau kurangkan makanan ringan yang hanya boleh menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.

Vitamin Tambahan Sebagai Ikhtiar
 
Sudah banyak vitamin yang disyorkan untuk wanita hamil di pasaran sekarang bagi memenuhi keperluan nutrisi kepada bakal ibu. Namun, anda mestilah mengambil tahu kandungan serta keberkesanan vitamin yang bakal anda ambil supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada anda. Pastikan ianya selamat dan telah diluluskan oleh KKM bagi menjamin ketulenan vitamin tersebut. Jom tengok Vitamin Terbaik untuk Ibu hamil

0 comments:

Post a Comment