Sunday, May 11, 2014

8 Cara Berkesan Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

Khas untuk ibu-ibu menyusukan anak dan ibu-ibu yang berusaha untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Anda boleh cuba 8 cara di bawah untuk membantu jika anda mengalami masalah penyusuan ya..

1. Kuasa Minda
------------------
Tahukah anda? Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu kerana minda kita memainkan peranan yang penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu. Jadi, bagi ibu-ibu yang sedang hamil dan ingin menyusu anak secara ekslusif, mulakan langkah anda untuk set minda anda sekarang ya!

2. Percaya Dan Yakin
-------------------------
Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri adalah sesuatu yang sangat penting terutamanya bagi ibu muda yang baru melahirkan anak pertama. Penyusuan ekslusif selama 6 bulan untuk si manja telah dinyatakan dalam polisi penyusuan. Jadi, anda mestilah yakin dan percaya bahawa anda mampu untuk menyusukan anak anda sepenuhnya dengan susu ibu-susu terbaik di dunia tanpa susu formula.

3. Lakukan Sesi Perahan Dengan Konsisten
----------------------------------------------
Sesi perahan perlulah dilakukan secara konsisten terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerjaya kerana ianya sangat membantu untuk mengekalkan kuantiti susu apabila berjauhan dengan si manja anda. Kekerapan sesi perahan terpulang kepada anda, bergantung kepada kemampuan anda semasa bekerja tapi sudah memadai dengan 3 kali sesi perahan jika si ibu tiada masalah. 


Namun, sesi perahan perlulah digandakan jika ibu mengalami masalah dalam kuantiti susu yang dihasilkan, mungkin boleh kerapkan sesi perahan setiap 2 jam sekali. Yang penting, jangan sesekali anda mengelak untuk melakukan sesi perahan kerana ini akan menjejaskan kuantiti penghasilan susu.

4. Pastikan Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong

------------------------------------------------------------------
Ini sangat perlu kerana jika tidak benar-benar mengosongkan payudara, kemungkinan yang akan berlaku seperti saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar. Oleh itu ibu perlu pastikan mengepam payudara sehingga kosong.



5. Minum Air dalam Kuantit Yang Banyak
--------------------------------------------
Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.

6. Makan Makanan Seimbang
--------------------------------
Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.

7. Amalkan Suplemen
----------------------------
Ini bukanlah wajib, namun ianya satu IKHTIAR TAMBAAN kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu MENCUKUPKAN NUTRISI ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas. Untuk suplemen terbaik, klik DISINI ya.

8. Urutan
-----------
Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.



Susu Ibu anugerah Allah yang tak ternilai..Selamat Mencuba!!

0 comments:

Post a Comment