1. Biasakan Berjaga Malam
-------------------------------
Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan hanya mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhanmu
wahai sang suami untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baru dilahirkan.
2. Kejutan Kasih Sayang
------------------------------
Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri anda yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil
peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda sebagai sang suami yang mithali boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang ;)
3. Ringan Tulang
---------------------
Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Apa kata kali ini, anda harus
beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.
4. Sedia untuk Kotorkan Diri
---------------------------------
Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa kan. Boleh praktikkan ya!
5. Dapatkan Petua Orang Tua
-----------------------------------
Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.
0 comments:
Post a Comment