Oleh itu, ibu dan ayah boleh melakukan aktiviti bermain dengan si kecil untuk merangsang si manja mengikut kesesuaian dengan usianya. Aktiviti bermain dengan si kecil ini boleh dilakukan oleh ibu dan ayah sejak dari bayi lahir sehingga ke usia enam bulan. Anda pasti terkejut melihat kemampuan bayi masing-masing memberi tindak balas.
Bayi Baru lahir
Perkembangan deria sentuh untuk bayi yang baru lahir baru bermula. Oleh itu, bayi selalu
Ingin merasai kelembutan. Anda boleh cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya supaya bayi anda akan dapat merasai kelembutan.
Bayi umur Satu bulan
Bayi suka menendang dan membuat aksi mengayuh pada ketika ini. Ibu dan ayah boleh
memegang kakinya dan buat geralam seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyi mengikut rentak kakinya. Dia akan berasa seronok dan secara tidak langsung ia membantu perkembangan kemahiran motor kasar bayi.
Bayi umur Dua bulan
Pada usia ini, bayi akan bertindak balas dengan bunyi bising dan mencari arah bunyian
Bayi umur Tiga bulan
Pada usia ini, kebanyakan bayi sudah mampu untuk menggerakkan tangan. Ibu dan ayah
boleh menggantung objek yang bergerak ke kiri dan kanan kerana ianya boleh membuatkan bayi teruja dan berusaha untuk mencapainya. Namun, perlu dipastikan objek itu ringan. Alat permainan ini membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata kerana pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mula memberi fokus kepada objek tersebut.
Bayi umur Empat bulan
Sesuai dengan usianya, ibu dan ayah boleh mula duduk bersamanya dan pegang buku
yang berwarna-warni dan penuh ilustrasi untuk menarik minat bayi anda. Warna-warna terang mampu menarik minatnya untuk memberi fokus dan menyentuh buku tersebut. Pada masa in, kad imbasan bergambar dan berwarna juga boleh digunakan. Ibu dan ayah digalakkan untuk menyebut perkataan yang tertera pada kad kerana bayi belajar menyerap apa yang didengari walaupun masih kecil. Ianya sekaligus akan membantu perkembangan visual dan lisannya.
Bayi umur Lima bulan
Pada usia ini, bayi baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Ibu dan ayah mungkin boleh
mencuba aktiviti menyanyi untuk membuatkan bayi anda bertambah ceria. Baringkan bayi anda, dan anda bertepuk tangan atau menggerakkan badan, bayi anda pasti merasa seronok..
Bayi umur Enam bulan
Ibu dan Ayah boleh melakukan aktiviti memperkenalkan ahli keluarga menerusi album
gambar keluarga. Cuba anda sebut nama mereka satu persatu kerana cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah tersebut.
0 comments:
Post a Comment