Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital..nampak mudah je ni. Tapi saya percaya ramai ibu-ibu yang masih mencari dan merujuk senarai ini setiapa kali ingin melahirkan bayi walaupun sudah dua tiga kali bersalin sebelum ini kan..
Jadi, untuk memudahkan ibu-ibu dan rujukan saya sendiri untuk bakal anak ketiga nanti, saya kongsikan sebagai entri hari ini untuk pastikan tiada keperluan yang tertinggal.
Ibu-ibu boleh mula mengemas barang-barang yang diperlukan apabila kandungan dah masuk 8 bulan ;)
Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital
Pertama dan paling penting, jangan lupa bawa IC (kad pengenalan) ibu untuk pendaftaran di hospital ya ;)
Keperluan ibu - labour room
- Buku pink - rekod kesihatan sepanjang mengandung
- Seluar mamapride
- Air minuman
- Kurma - beri tenaga
Keperluan bayi - labour room
- Diaper
- Mitten & Booties
- Topi
- Seluar dan baju lengan panjang
Keperluan ibu - dalam wad
- Kain batik
- Stokin
- Tuala
- Tudung dan stokin tangan untuk dipakai di dalam wad dan juga semasa discaj (seboleh mungkin kita menjaga aurat termasuk ketika di dalam wad)
- Sepasang nursing baju (utk dipakai selepas discaj)
- Handphone & charger
- Maternity pad (yang besar dan panjang untuk night use)
- Toiletries
- Beg plastik (simpan baju kotor)
- Panties (utk beberapa hari pertama, boleh gunakan yang disposable)
- Nursing bra
- Set berpantang - Semasa bersalin anak kedua, saya sendiri membawa ESP untuk beri tenaga semula selepas bersalin, Ostematrix untuk cegah senbelit dan Vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan luka ke hospital. Tak lupa juga Bcomplex dan Vitalea yang membantu penghasilan darah yang banyak hilang semasa proses bersalin.
Keperluan bayi - dalam wad
- Tuala
- Topi, mitten & booties
- Baby wipe @ tisu basah
- Kurma & air zamzam (untuk tahnik)
- Baju & seluar (3 4 pasang)
- Lampin & diaper
Dah ada Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital..boleh lah ibu-ibu siap sedia ya. Tak adalah kelam kabut bila sampai waktunya. Tak sabar! :D
Baca: 11 Tips meneran ketika Bersalin
Moga dipermudahkan urusan ibu-ibu untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah kedunia ni. Aaminn.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
Hubungi saya untuk konsultasi
berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment