Assalamualaikum.
Dah hari ahad kita hari ni. Eh tapi dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, saya rasa hari-hari pun serupa hari ahad😂
Jadi..santai di hujung minggu ni saya nak kongsi resepi mudah kek pandan gebu.
Sebenarnya saya ni tak pandai baking sangat🤭 ikut mood ikut keadaan ikut nasib la kadang jadi kadang tak.hahaha..
Tapi tapi..hampir sebulan PKP ni, dah 2-3 kali guna resepi yang sama, kek gebu saya memang jadi. Segebu Cinderella di bawah Ni😁
Mama happy..anak pun happy. Happy tummy🥰
So....saya share disini supaya mudah untuk wanita yg tak pandai baking macam saya untuk buat kek gebu sendiri malah boleh jadi rujukan saya di kemudian hari.
Bahan-bahan yang diperlukan agak mudah. Selalu ada di dapur, sebab tu tak sampai sebulan PKP dah lebih 2x saya buat kek ni untuk makan-makan keluarga kecil saya🤗
Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/4 cawan santan kotak
1/2 cawan Marjerin yang dicairkan
1/2 cawan gula halus
7 biji telur gred B
1 sudu besar ovalette
Pewarna hijau
Perasa pandan
Caranya:
Masukkan telur, gula Dan ovalette, putar hingga kembang. Kemudian boleh masukkan santan kotak, mix bersama pewarna hijau dan perasa pandan.
Seterusnya, masuk tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate. Putar hinga sebati.
Akhir sekali, masukkan marjerin yg dicairkan. Takde marjerin boleh je guna minyak masak biasa tu. Kaup dalam adunan smpai sebati.
Bakar suhu 170°c selama 30-40 bergantung pada oven masing-masing ya.
Resepi mudah kek pandan gebu ni saya ambil daripada fb je. Kredit pada empunya asal ya.tak tahu siapa😅
Eh eh eh..nampak tak gebunyee.. gebunyaaa😍
So..korang yang tak pandai baking macam saya ni boleh la cuba okeh.
Musim PKP ni, cuba guna kaedah dan langkah berjimat cermat dengan menyediakan makanan dengan air tangan sendiri..inshaAllah moga diberkati dan dilimpahi kasih sayang..agitchuuu😁
Sunday, April 12, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment