Kata doktor, individu yang mempunyai gastrik sebenarnya tiada masalah untuk berpuasa jika mengamalkan pemakanan dan cara yang sesuai.
Antara tips elak serangan gastrik semasa berpuasa:
1. Makan secara sederhana dan berperingkat ketika berbuka puasa.
Cuba jarakkan pengambilan makanan.
Contoh, mula berbuka dengan buah kurma dengan segelas air dahulu. Berhenti seketika untuk solat maghrib terlebih dahulu. Kemudian, baru ambil makanan berat seperti nasi, ikan stim, buah-buahan berserta sayuran mengikut pinggan sihat Malaysia, suku suku separuh. Selesai solat terawih,boleh makan biskut oat, roti atau buah-buahan pula.
Pengambilan makanan berperingkat seperti ini dapat bantu mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut. Ia juga turut membantu mengawal paras gula dalam darah.
2. Lewatkan bersahur dan segerakan waktu berbuka.
Ini merupakan amalan sunnah anjuran Rasulullah s.a.w. Amalan ini sangat digalakkan terutamanya untuk pesakit gastrik.
Amalan melewatkan waktu sahur atau sahur di hujung waktu dapat mengurangkan rasa haus, lapar dan keletihan sepanjang berpuasa di siang hari.
Amalan tidur selepas sahur juga seeloknya dielakkan kerana aktiviti aktif sistem penghadaman perut akan menyebabkan rasa tidak selesa pada perut. Ini turut boleh menjadi punca kepada rasa pedih ulu hati.
3. Elakkan 'makanan terlarang'.
Makanan terlarang terutamanya bagi individu yang mengalami gastrik adalah makanan yang boleh mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng.
Semua makanan yang disebutkan boleh mengganggu kelancaran sistem penghadaman.
4. Kurangkan minuman berkafein, lebih baik jika dielakkan.
Minuman seperti kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang mengakibatkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.
Selain itu, kafein bersifat diuretik yang boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Ini tidak bagus untuk pesakit gastrik kerana ia boleh memburukkan lagi kesan gastrik.
Jadi, sebaiknya elakkan minuman seperti ini ketika berbuka mahupun bersahur.
Alhamdulillah..Selesai 4 tips elak serangan gastrik semasa berpuasa. InshaaAllah moga dipermudahkan untuk dipraktikkan terutamanya bagi pesakit gastrik.
Jom kita berusaha untuk mengatasi masalah gastrik ini agar ia tidak lagi menjadi alasan untuk kita tidak berpuasa😊
Atasi gastrik dengan suplemen semulajadi boleh klik DI SINI ya.
Mudah-mudahan ibadat puasa kita pada tahun ini adalah yang terbaik inshaAllah.
Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk Shaklee,boleh terus hubungi kami di:
Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 (klik untuk terus whatsapp saya)
Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.
Klik Like & Follow FB Page saya: MamaZiqry Shaklee Penang
Instagram : @Shaklee.Sharifah
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Instagram : @Shaklee.Sharifah
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
JOIN NOW 👈
Inginkan harga lebih murah dengan penjimatan harga 20-30%?
Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk memberikan lebih nilai penjimatan kepada want anda!
Inginkan harga lebih murah dengan penjimatan harga 20-30%?
Daftar diri anda sebagai ahli shaklee untuk memberikan lebih nilai penjimatan kepada want anda!
0 comments:
Post a Comment