Saturday, May 10, 2014

Punca dan Cara Mengatasi Kekejangan Kaki


Ibu-ibu mengandung, atlet-atlet atau sesiapa sahaja berkemungkinan mengalami kaki cramp pada waktu malam. Teringat pengalaman sendiri hampir dua tahun yang lalu semasa mengandung. Walaupun tidak selalu, namun pengalaman mengalami kaki cramp di malam hari sungguh menyakitkan.

Punca Kekejangan Kaki :

Ibu Mengandung

Kebiasaannya,kaki cramp atau  kekejangan kaki ini berlaku pada ibu mengandung pada kehamilan trimester kedua dimana saat ini rahim telah mula membesar dan kaki mula menjadi letih untuk membawa badan yang semakin berat.  Keadaan rahim yang semakin besar menyebabkan  penekanan terhadap saluran darah dan mengganggu perjalanan darah ke kaki.  Selain itu, kekurangan pengambilan kalsium yang mencukupi juga merupakan salah satu punca berlakunya kekejangan kaki di kalangan ibu mengandung.

Atlet

Aktiviti regangan yang melampau atau terseliuh ketika melakukan aktiviti adalah antara penyebab berlakunya kekejangan otot pada kaki bagi atlet. Ini kerana, otot akan mengecut untuk memulihkan kecederaan tersebut. Sekiranya pengecutan otot berlaku tanpa kawalan akan menyebabkan berlakunya kekejangan. Namun, faktor lain iaitu dehidrasi atau kekurangan pengambilan air juga merupakan salah satu penyebab kekejangan berlaku di kalangan atlet.

Sering berlaku kekejangan otot pada waktu malam

Sesetengah orang sering mengalami kekejangan otot pada waktu malam terutamanya sewaktu sedang tidur. Ini mungkin terjadi kerana berlakunya pengecutan otot yang terkawal . Puncanya, mungkin kerana posisi kaki semasa tidur tidak baik, kekurangan air dalam badan, ataupun kekurangan kalsium atau mineral lain seperti magnesim dan potassium dalam badan.

Cara Mengatasi Kekejangan Kaki:

Ibu mengandung

Anda dinasihatkan untuk tidak berdiri atau duduk dengan cara kaki bersilang terlalu lama. Sekurang-kurangnya anda boleh cuba berjalan pada jarak yang dekat dan mengambil air kosong dengan kadar yang mencukupi.  Posis tidur dengan berbaring pada sebelah kanan adalah digalakkan bagi mengelakkan tekanan yang kuat pada saluran darah dan saraf.

Sering berlaku kekejangan otot pada waktu malam

Jika berlaku kekejangan otot pada waktu malam, cuba untuk berdiri dan berjalan pada otot yang terlibat bagi mengurangkan kekejangan. Pengambilan kalsium adalah sangat digalakkan untuk membekalkan mineral yang penting pada tubuh badan anda kerana kekurangan kalsium dalam badan merupakan salah satu punca kekejangan berlaku.

Atlet

Jika berlaku kekejangan, anda boleh cuba menyapu minyak panas pada otot yang terlibat dan membuat sedikit urutan bagi mengurangkan kekejangan. Pastikan anda mengambil keperluan kalsium dan mineral yang mencukupi bagi memenuhi keseimbangan mineral dalam badan anda.


Dalam mengenali punca dan cara mengatasi kekejangan otot yang berlaku, faktor makanan yang penting untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan pengambilan kalsium dan mineral. Kalsium yang terbaik untuk anda ialah Kalsium Shaklee yang dikenali sebagai Ostematrix Shaklee. Kalsium Shaklee mengandungi magnesium, fosforus dan Vitamin D yang dapat diserap ke dalam tubuh badan dengan lebih berkesan.


Antara testimoni pengguna Kalsium Shaklee:



Jika anda menghadapi masalah ini, jangan tangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan Kalsium Shaklee untuk mendapatkan tidur yang lena dan elakkan daripada menahan kesakitan sepanjang malam. Kalsium untuk anda dan orang yang tersayang. Pasti Berbaloi-baloi!!

Nak cuba Kalsium Shaklee?

Add/PM fb: Sharifah Zawiyah untuk dapatkan info secara terus dari saya
Sms/WhatsApp: 013-433 3652 untuk respon yang lebih cepat
Jom Like fanpage: MamaZiqry Vita Shoppe untuk mengetahui info yang menarik serta promosi dan diskaun hebat yang sedang berlangsung.

0 comments:

Post a Comment