Friday, November 14, 2014

6 Makanan Paling Menyihatkan Di dunia!

  No comments    
categories: 
6 Makanan Paling Menyihatkan Di dunia!

Apa yang ada dalam minda kita bila berbicara tentang makanan yang menyihatkan? Adakah makanan yang mahal-mahal dikategorikan sebagai makanan sihat? Jika tu yang ada dalam fikiran, ianya meleset sama sekali ok.

Sebenarnya makanan yang harganya agak murah juga menyalurkan khasiat yang tinggi kepada tubuh kita. Buktinya...6 makanan di bawah tersenarai sebagai makanan paling berkhasiat di dunia tau!

Tomato

Kaya dengan vitamin A dan C, zat besi dan serat untuk mengekalkan kecergasan. Kulit tomato mengandungi lycopene yang mampu mengurangkan risiko barah prostat.
Bawang Putih

Kandungan yang terdapat dalam bawang putih boleh membantu mengawal nafsu makan dan turut memacu metabolisme sehingga kalori dalam badan akan dibakar. Dalam erti kata lain, bawang putih mampu mengawal berat badan.


Bawang Besar

Kandungan flanavoid yang merupakan antioksidan melindungi
sel-sel tubuh daripadakerosakan akibat radikal bebas. Kuersetin pula melambatkan pertumbuhan tumor dan melindungi sel-sel daripada ancaman kanser terutamanya kanser usu besar.
Sayur Bayam

Dikatakan dapat mencegah daripada berlakunya osteoporosis. Kamdungan vitamin K dalam bayam membantu penyerapan kalsium oleh tulang sehingga menjadi lebih kuat.



Lemon

Dengan minum air lemon dapat
mengurangkan masalah mual, pening, tekanan darah tinggi dan depresi.
Kunyit

Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat membantu proses pencernaan dan juga mengurangkan masalah perut kembung.







6 makanan yang menyihatkan di atas boleh dikatakan boleh dimiliki dengan harga yang murah kan. Jadi, sentiasalah gunakan makanan yang tersenarai di atas ke dalam masakan anda atau boleh dimakan mentah begitu sahaja demi menjaga kesihatan dengan baik ;)

0 comments:

Post a Comment