Thursday, January 15, 2015

10 Cara Ke Arah Kehamilan Yang Sihat

  No comments    
categories: 
Sedang hamil atau Bakal menjadi seorang ibu? Jom ketahui 10 Cara menuju ke arah kehamilan yang sihat.

1) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Goreng kilas merupakan cara terbaik untuk menikmati sayur-sayuran yang berlainan pada masa makan.

2) Pastikan badan Anda cukup hidrat
Untuk memastikan badan kita cukup hidrat, pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting. Jika berada di tempat kerja, simpan segelas besar atau sebotol air di sisi anda dan isi semula dengan kerap.

3) Sediakan snek yang sihat
Jika suka snek sebagai kudapan, lebih bagus sediakan ​snek yang sihat sebagai kudapan seperti aprikot kering, badam, buah-buahan segar dan coklat bijirin di tempat kerja anda.

4) Terus Bergerak
Senaman yang kerap boleh membantu anda untuk menghadapi tuntutan fizikal dan emosi kehamilan. Antara senaman yang baik untuk ibu hamil adalah seperti berenang dan mengikuti kelas aquanatal.

5) Berhati-hati dengan beberapa jenis makanan yang biasa kita makan
Beberapa jenis keju lembut dan biru-urat, daging kurang masak atau mentah dan telur dengan kuning berair adalah tidak sesuai dimakan oleh wanita hamil. Tetapi telur rebus adalah sumber vitamin yang baik.



6) Makan suplemen asid folik
Folat, iaitu jenis folik asid yang terjadi secara semulajadi dalam sayur-sayuran hijau, buah oren, kacang panggang dan bijirin sarapan diperkuat, tetapi anda tetap akan perlukan suplemen untuk mendapatkan yang secukupnya untuk bayi anda pada tiga bulan pertama kehamilan anda. Lebih info tentang Suplemen Kehamilan Shaklee

7) Cuba elakkan / kurangkan stres
Sekiranya anda bekerja, curi masa pada waktu rehat tengah hari untuk melakukan senaman seperti yoga, senaman pernafasan dalam, regangan atau hanya mengambil masa yang singkat untuk berjalan kaki di dalam pejabat anda..

8) Dapatkan tidur yang cukup
Keselesaan di katil boleh menjadi salah satu cabaran besar yang anda hadapi sepanjang kehamilan. Anda boleh cuba baring mengiring ke sebelah kiri anda, dan guna bantal tambahan jika anda perlukannya.

9) Kurangkan atau berhenti minum alkohol
Cuba minuman-minuman bebas alkohol, seperti jus epal membuih atau smoothie buah-buahan. Bagi yang muslim, kita memang dilarang untuk ambil minuman beralkohol.

10) Kurangkan / berhenti minum kafein
Kafein kurang baik untuk kesihatan tidak kira la anda wanita hamil atau tidak. Kalau boleh cuba kurangkan dengan hanya minum tidak lebih daripada 200mg kafein dalam sehari, iaitu secawan kopi, empat cawan teh, atau dua tin minuman tenaga. Ianya lebih baik jika dapat berhenti daripada pengambilan kafein, atau belajar untuk suka teh herba yang lebih baik untuk kesihatan.

Selamat Beramal! ;)
Sumber: BabyCentre

0 comments:

Post a Comment