Thursday, June 18, 2015

Cegah dan Rawat Buasir ketika Mengandung dan Berpantang



Buasir ketika mengandung dan berpantang. Buasir boleh dikesan sekiranya terdapat bengkak yang berlaku di kawasan saluran dubur.

Pembengkakan di kawasan tersebut berlaku apabila terdapat pengembangan saluran darah ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Kebanyakkan ibu yang mengandung dan juga berpantang mengalami masalah begini.


Kenapa?

Semasa hamil, jumlah darah dalam badan ibu bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. Oleh kerana tekanan yang diterima daripada berat bayi yang sedang membesar, salur-salur darah di bawah uterus(Rahim) berkemungkinan akan membengkak dan meregang. Inilah sebabnya si ibu berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul semasa hamil. Sembelit semasa hamil dan berpantang juga merupakan faktor lain menyebabkan ibu mengalami buasir.



Selain daripada itu, proses meneran semasa mengeluarkan bayi juga merupakan faktor kemungkinan si ibu mendapat buasir. Dianggarkan 1/5 daripada ibu yang melahirkan bayi mengalami masalah buasir selepas melahirkan.

Walaupun buasir merupakan keadaan biasa bagi ibu hamil dan berpantang, namun buasir boleh dielakkan daripada terjadi. Bagaimana? Ibu-ibu perlulah pastikan diri supaya tidak mengalami masalah sembelit dan pembuangan mestilah lawas dan lancar setiap hari.

Ikuti beberapa tips yang boleh membantu ibu-ibu mengelakkan sembelit dan buasir:
  • Minum air masak yang secukupnya lebih kurang 6-8 gelas sehari untuk memastikan ibu tidak ternyahhidrat.
  • Makan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti roti, bijiran penuh, beras perang dan pastinya buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Cuba mencuri masa untuk bersenam walaupun masa dan tenaga ibu hanya cukup untuk berjalan.
  • Segera pergi ke tandas sebaik sahaja ibu terasa ingin membuang air, elakkan untuk bertangguh membuang air kerana ia akan menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

Bagaimana vitamin Shaklee membantu ibu untuk mengelakkan buasir?
Ibu yang hamil dan berpantang disarankan untuk mengambil Ostematrix @ kalsium Shaklee. Kalsium sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot menjadi lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit.
Kadar keperluan kalsium bagi ibu yang hamil dan juga menyusu adalah lebih tinggi berbanding individu lain.  Ostematrix Shaklee mengandungi Magnesium yang bersifat laksatif. Magnesium membantu melembutkan najis sekaligus memudahkan proses pembuangan.


Bagi yang mengalami masalah buasir, tambahan pengambilan Omega Guard dan Zinc Complex melengkapkan vitamin dalam set buasir Shaklee. Omega Guard membantu mengecutkan otot yang bengkak manakala Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

Apa kata mereka yang dah cuba Set Buasir Shaklee?







Adakah anda mengalami masalah yang sama? Cuba ikhtiar dengan Suplemen Shaklee pula. Kita Cegah dan rawat dengan vitamin semulajadi yang Selamat dan Berkesan. 

Nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya ye.

Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com 
CoD Shaklee : Penang Island
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2


0 comments:

Post a Comment