
Mencuci muka merupakan salah satu rutin yang agak rumit juga. Sebab itulah, jika cara kita mencuci muka salah, kebiasaannya muka kita akan berlakunya kemerahan, iritasi, kulit menjadi kering, ataupun tambah berminyak.
Berikut merupakan 6 kesalahan dalam mencuci muka yang selalu terjadi:
1. Salah Memilih Produk Pembersih Wajah
Pencuci muka yang tepat adalah yang dapat menghilangkan kotoran, make up, membuang sel-sel kulit mati dengan mudah. Pilihan saya pencuci muka NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser
2. Terlalu Kerap Mencuci Wajah
Dua kali sehari merupakan kekerapan yang ideal untuk mencuci muka. Sekiranya kita selalu sangat mencuci muka, ia akan menyebabkan iritasi, dan jika berlaku iritasi, ianya akan menyebabkan meningkatnya penghasilan sebum dalam kulit.
3. Penggunaan Suhu Air yang Salah
Mitos: air panas dapat membuka pori-pori dan air dingin dapat menutupnya. Kenyataannya adalah pori-pori tidak memiliki otot-otot yang boleh terbuka dan tertutup. Air panas akan menyebabkan kulit kering, dan meningkatkan penghasilan sebum. Cukuplah sekadar menggunakan air suam agar dapat membersihkan kulit dengan lembut dan efektif.
4. Kurang Bersih semasa Membilas Wajah
Kurang bersih semasa membilas wajah akan meninggalkan sisa-sisa pembersih yang dapat menyumbat pori-pori dan mengeringkan kulit. Bilaslah secara menyeluruh sampai bersih meskipun kita hanya mempunyai masa yang terhad.
5. Mengelap muka dengan Tuala
Setelah mencuci wajah, jangan gosok kulit dengan kain tuala, sebaiknya cukup tepuk-tepuk sahaja. Jangan gunakan kain tuala sembarangan agar bakterinya tidak menyebar. Kain tuala yang paling sesuai adalah jenis kain yang lembut.
6. Tidak menggunakan Pelembap serta merta
Untuk memaksimakan fungsi pelembab, adalah sebaiknya terus menggunakan pelembab, serum, softener setelah membersihkan wajah, iaitu semasa kulit masih lagi dalam keadaan lembap lagi. Dengan membiarkan kulit menjadi kering setelah mencuci wajah akan membuat bahan-bahan yang terkandung di dalam pelembab sukar untuk diserap, dan hal tersbut boleh menyebabkan kulit terasa melekit dan berminyak.
Merawat muka dengan Mencuci wajah setiap hari tak boleh ditangguhkan ya. Rawatan kulit yang betul akan menjaga kelembapan dan kecantikkan kulit kita. Lakukan pembersihan wajah dengan betul setiap hari agar kita boleh mendapatkan hasil yang maksima. Semoga bermanfaat!
0 comments:
Post a Comment