Sakit gigi ketika hamil...Hampir 5 tahun lepas pengalaman mengerikan saya bila ada masalah sakit gigi ketika hamil. Pengalaman hamil pertama memang menguji kesabaran sejak awal-awal kehamilan lagi dengan alahan yang teruk. Ditambah pula dengan masalah sakit gigi yang teramat sangat sejak usia kandungan 2 bulan.
Bayangkan..tak pernah-pernah sakit gigi, tiba-tiba je sakit yang teramat tau. Mood masa tu memang teruk sangat.
Patutlah orang kata sakit gigi ni boleh menyebabkan emosi kita terganggu. Silap-silap boleh makan penampar kalau tersilap cakap dengan pesakit gigi. Pantang orang silap sikit memang siaplah orang tu kena marah..huhuu.
Kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi?
- Perubahan hormon
- Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
- Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan merupakan antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
- Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.
Berbalik kepada kisah sakit gigi saya pada kehamilan pertama, cubaan kumur dengan air garam petua orang-orang lama pun tak mendatangkan kesan kurang sakit gigi tu. Oleh kerana masa tu takut nak cabut gigi masa hamil, maka berlarutan masalah sakit gigi sehingga 2-3 bulan lamanya. Nasib baik sakit gigi hilang sampai la saya bersalin.
Namun nasib kurang baik, sakit gigi melanda kembali masa usia anak pertama saya, Ziqry lebih kurang 3-4 bulan. Penyelesaiannya? Terus jumpa doktor gigi dan cabut gigi yang paling belakang sekali tu. Memang dah rapuh sangat kata doktor. Baru lah tahu rupanya saya kekurangan kalsium, sebab tumbesaran bayi semasa hamil menyerap kalsium dalam badan ibu. Ditambah pula menyusu Ziqry sepatutnya memerlukan keperluan kalsium yang lebih lagi.huhuu..
Sebagai panduan untuk ibu-ibu hamil, janganlah sampai takut nak jumpa doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan bagi mengurangkan masalah ini.
Cuma ibu-ibu dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal(trimester 1) dan tiga bulan terakhir(trimester 3) kehamilan.
Ini kerana janin sedang berkembang. Oleh itu, sebarang rawatan yang melibatkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan. Sama juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.
Berikutan dengan pengalaman masalah sakit gigi ketika hamil kali pertama. Maka masa kehamilan kedua, memang saya bersiap sedia dengan pil kalsium yang boleh membantu saya mencukupkan keperluan kalsium semasa hamil.
Pilihan saya....Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan kedua tiada langsung sakit gigi. Tambahan pula, banyak sangat efek lain yang saya rasa ;) sangat suka Ostematrix - Bukan sekadar kalsium.
Ostematrix (Kalsium) dan Hamil
Apa kaitannya dengan dengan masalah sakit gigi ketika hamil?Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Pengambilan kalsium penting untuk ibu hamil bagi membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi.
Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah. Kalsium juga bagus untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi (hypertension) kerana ia dapat menurunkan kadar tekanan darah tersebut.
Namun begitu, kurang pengambilan kalsium bagi ibu hamil boleh menjejaskan tahap kesihatan ibu pada masa hadapan (berisiko osteoporosis) kerana bayi dalam kandungan akan menyerap kalsium dari tulang ibu. Jadi, jangan ambil remeh ye ibu-ibu. Bagi ibu yang sukar untuk minum susu 4 gelas sehari bagi memenuhi keperluan kalsium, saya sangat cadangkan ibu mengambil Ostematrix Shaklee!
Testimoni kurangkan masalah sakit gigi ketika hamil dengan Ostematrix (Kalsium)
Seksanya sakit gigi kan..Inikan pula terpaksa hadap masalah sakit gigi ketika hamil. Jangan ambil remeh ya ibu.
Saya difahamkan bahawa kalsium yang kurang di kalangan ibu hamil boleh juga menyebabkan risiko pra-eklampsia atau masalah tekanan darah tinggi yang boleh membahayakan nyawa ibu dan anak. Ibu yang ada masalah sakit gigi ketika hamil, boleh cuba Ostematrix.
Jika anda ibu yang sedang hamil, Set Kehamilan Shaklee terbaik untuk memenuhi nutrisi ibu dan bayi.
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment