Dah lama nak kongsi info ni, alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi 11 tips meneran ketika bersalin. Pengalaman melahirkan zeyad secara normal memberikan saya peluang untuk mengalami sendiri bagaimana proses meneran semasa bersalin dan bagaimana rasa sakit bersalin normal. Alhamdulillah..Allah memberi saya peluang merasai nikmat bersalin normal.
Semua tips saya kumpul daripada kawan- kawan dan hasil carian serta pengalaman ibu-ibu yang lain, saya senaraikan 11 tips meneran ketika bersalin sebagai rujukan saya di masa akan datang, juga buat ibu -ibu yang bakal melahirkan bayi tak lama lagi.
11 Tips Meneran ketika Bersalin
1) Bila bukaan sudah mencapai 10cm, doktor akan mengarahkan ibu untuk teran. perkara pertama, ibu perlu angkat kepala sehingga mencecah dada.
2) Mata ibu pandang ke perut dan fokus dan bersedia untuk meneran semasa ada rasa sakit kontraksi.
3) Tangan ibu pegang pada pergelangan kaki.
4) Ibu perlu tarik nafas sedalam-dalamnya dan mula teran seperti dalam keadaan membuang air besar. Pastikan ibu tidak mengeluarkan nafas dengan kuat
5) Teran sekuat-kuatnya dan selama mana yang boleh. (selama 10 saat sekiranya boleh)
6) Ibu boleh curi nafas sekejap dan teruskan sambung teran di setiap kontraksi.
7) Ini penting, dengar arahan jururawat dan doktor yang sedang membantu ibu mengeluarkan bayi ibu dengan cepat dan selamat.
8) Rehat dan rileks semasa tiada kontraksi. mohon bantuan suami untuk basahkan bibir ibu.
9) Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran kerana penting untuk ibu menyimpan tenaga untuk meneran selagi bayi ibu belum dikeluarkan lagi.
10) Jangan sesekali angkat punggung ibu semasa meneran bagi mengelakkan luka koyakan pada vagina.
11) Elakkan menjerit-jerit macam orang hilang akal. Sebaliknya ibu boleh cuba banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai. Doa nabi yunus sangat-sangat digalakkan untuk ibu baca memudahkan proses kelahiran bayi.
Usaha dan tawakkal kepada Allah. Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin ya. Hadam 11 tips meneran ketika bersalin ni. Tenang dan sabar, in shaa Allah ibu- ibu boleh mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat.
Apa yang saya boleh katakan..
Bersalin merupakan proses yang agak memenatkan. Oleh itu sebelum bersalin saya nasihatkan anda mengambil B Complex, Vitalea (multivitamin) dan ESP untuk membekalkan tenaga pada tubuh badan ibu.
Tips memulihkan tenaga lepas bersalin, saya minum ESP shaklee dan terus mengambil vitamin dalam Set Bersalin Shaklee. Memang rasa sangat membantu lepas proses kelahiran. 36jam berjaga dengan cergasnya sepanjang proses sakit kontraksi dan selepas kelahiran bayi. Alhamdulillah syukur.
Baca: Langkah Penjagaan luka episiotomi
Sedang mencari-cari Set Bersalin yang sesuai. Boleh terus hubungi saya untuk konsultasi Set Bersalin Shaklee ya...
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment