Saturday, June 04, 2016

Tips Berpuasa Semasa Hamil

Assalamualaikum semua..

Hari ni diberi kesempatan untuk saya berkongsi sedikit Tips Berpuasa semasa hamil. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu yang sedang hamil untuk berpuasa dengan rasa lebih selesa dan cergas.


Hamil bukanlah alasan untuk tidak berpuasa. Malah bagi saya, semasa hamillah ibu perlu menggandakan amalan rohani seperti berpuasa, untuk diri sendiri dan anak dalam kandungan.

Ibu hamil perlu tahu:

  • Ibu hamil diharuskan berbuka puasa sekiranya dikhuatiri memudharatkan anak dalam kandungannya. Maka wajib ke atasnya membayar fidyah dan qada’ puasanya.
  • Sekiranya ibu hamil berbuka puasa disebabkan khuatir akan memudharatkan dirinya sendirinya, maka dia hanya wajib qada’ puasanya sahaja.

Tips Berpuasa semasa Hamil

1. Jangan abaikan sahur. ibu hendaklah mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, dan juga makanan yang tinggi protein seperti ikan, daging, ayam dan telur. Protein yang cukup akan membantu bayi anda membesar dengan sihat. Protein wajib pilihan saya, Energizing Soy Protein (ESP)

Baca : Khasiat dan Kelebihan ESP untuk Ibu Hamil

2. Pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah-buahan akan membekalkan mineral, vitamin dan antioksidan untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.


3. Banyakkan minum air masak bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya kepada bayi. Cuba minum kira-kira 1.5 hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur.

4. Elakkan minum air berkafein seperti kopi atau teh dan minuman manis lain terutama semasa sahur. Kafein akan menyebabkan badan ibu kehilangan lebih air semasa kencing, dan ibu boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika keadaan cuaca sangat panas.

5. Kurangkan pengambilan gula. Kalau boleh elakkan makanan yang boleh menyebabkan paras gula naik mendadak bagi mengelakkan rasa mengantuk. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

6. Amalan pengambilan kurma membantu ibu sentiasa bertenaga, tidak lapar dan berasa dahaga walaupun berpuasa di musim panas.

7. Perbanyakkan amalan rohani dengan membaca Al-Quran. Sepanjang berpuasa disiang hari, ibu juga boleh perbanyakkan membaca surah Al-Kauthar. Fadhilat membaca surah Al-Kauthar semasa berpuasa dapat menghindarkan rasa dahaga.


8. Rancang jadual aktiviti seharian. Elakkan melakukan aktiviti yang berat dan pastikan ibu dapat rehat yang cukup. Elakkan aktiviti luar yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi. Minuman isotonik pilihan saya untuk mengelakkan dehidrasi, Performance Drink.

Baca: Performance Drink - suplemen wajib bulan Ramadhan

9. Makan secara perlahan-lahan semasa berbuka puasa. Elakkan makan secara berlebihan bagi mengelakkan usus terkejut setelah berehat sepanjang hari.

10. Pengambilan suplemen juga disarankan untuk ibu hamil supaya tidak lembik dan lunyai semasa berpuasa. Vitamin sangat penting supaya ibu dan anak dalam kandungan supaya mendapat nutrisi yang secukupnya. Vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil ialah Set Kehamilan Shaklee.



Ibu hamil tiada masalah jika ingin berpuasa. Asalkan diikuti dengan niat yang baik, mempunyai kekuatan diri dan tidak mengalami komplikasi kehamilan. Jika ada komplikasi kehamilan seperti diabetes mellitus, asma yang kuat, tekanan darah tinggi yang tak terkawal,Sakit buah pinggang, mengandung kembar, ada risiko kehamilan pramatang atau masalah lain yang serius, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.

Semoga Tips Berpuasa semasa Hamil di atas dapat membantu ibu-ibu semua. Selamat menunaikan ibadah puasa!!

0 comments:

Post a Comment