Friday, September 23, 2016

Tips Bisnes: Rawat Kecewa Bila Pelanggan Tak Beli dengan Kita

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum..

Salam Jumaat ;) Perkongsian hari ini sedikit berbaza ya. Hari ni nak bagi sedikit tips untuk orang yang menjalankan apa saja jenis bisnes untuk rawat kecewa bila pelanggan tak beli dengan kita.


Kenapa tiada satu pun jualan hari ni?
Kenapa ada yang bertanya, tapi tak beli pun...?
Selalu sharing, tapi tiada sorang pun yang membeli..!
Susahnya nak jual produk bla bla bla ni...!

Saya pasti setiap kenyataan dan persoalan di atas pernah bermain di minda kan. Terutamanya bagi individu yang baru sahaja memulakan bisnes.

Tolak ketepi jauh-jauh bisikan negatif tu ye. Jangan biarkan ianya menjatuhkan kita dengan menghantui dan memberi aura negatif dalam fikiran kita. Kena ingat yang satu ni, bila kita berbisnes sudah pasti akan menghadapi 'rejection' atau penolakan.

Mengikut statistik perniagaan, akan ada 9 penolakan untuk mendapatkan 1 pembelian. Jadi, fikir yang baik-baik ya, In Shaa Allah yang akan datang pun pasti yang baik-baik sahaja ;)

Apa yang perlu kita buat kita pelanggan tak beli dengan kita??

  • TOLONG JANGAN SEDIH..
  • TOLONG JANGAN PUTUS ASA
  • TOLONG FIKIR POSITIF..
  • MUHASABAH DIRI.

Jom sama-sama lakukan perkara di bawah supaya kita berlapang dada dan mampu rawat kecewa bila Pelanggan tak beli dengan kita..

1) Baca "Innalillah Hiwainna Ilaihurojiun"

2) Katakan "Ya Allah Aku Redha Dengan DugaanMu"

3) Doa "Ya Allah Gantikan customer yang lebih baik datang padaku.. Ya Allah Berikanlah Ku Customer-customer Baru Yang Sentiasa Perlukan Produkku. Wujudkanlah Kesetiaan Kepada Regular customer Ku..amin "

Kelebihan mengamalkan perkara dia atas:


1) Allah Akan Merawat Hati Kita.
2) Allah Bertambah Sayang Kepada Orang yang Redha Dengan DugaanNya.
3) Allah Akan Jadikan Kita Lebih Positif
4) Allah gantikan pelanggan yang lebih membawa rezeki kepada kita..In Shaa Allah.
5) Allah Akan tambah nikmat dan rezeki kerana kita sentiasa bersyukur dan sabar

Dan...

"Kita Tetap Untung Walau Orang Tolak Kita"

Semoga tips bisnes ini memberi manfaat untuk anda dan mampu rawat kecewa bila Pelanggan tak beli dengan kita ya.

Niatkan..kita berbisnes sebagai satu ibadah untuk membangunkan ekonomi keluarga dan ummah. In Shaa Allah, biar 1001 datang penolakan, pasti anda mampu bertahan dengan jayanya.

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah 
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe 
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment