Perjalanan penyusuan nampak senang,namun ia bukan semudah yang disangka. 2 tahun penyusuan ibu, banyak pahit manis cabaran yang ibu tempuh demi menjayakan misi menyusu anak lengkap sehingga 2 tahun dan lebih.
Antara yang mungkin akan berlaku ialah kemeruduman penghasilan susu ibu. Oleh itu hari ini, saya nak kongsi dengan semua 5 Cara untuk Maintain Penghasilan Susu Ibu yang mungkin boleh memberi manfaat untuk semua ibu yang menyusukan anak.
Perjalanan penyusuan ni ibarat roda. Mungkin ada masa kita berada di atas, ada masa mungkin kita di bawah. Penghasilan susu juga begitu, ada masa ianya banyak mencurah-curah, ada juga masa susu mungkin berkurang.
Persoalannya, bagaimana kita nak pastikan yang susu kita sentiasa banyak?
5 Cara untuk Maintain Penghasilan Susu Ibu
- Pam dengan Kerap. Ini asas yang paling penting untuk ibu menyusu tahu. Selagi mana ibu meluangkan masa untuk pam dengan kerap iaitu 2-3 jam sekali, selagi itulah penghasilan susu berada dalam keadaan stabil. Kenapa? Sebab badan sentiasa mendapat signal yang anak kita masih menyusu dan susu masih diperlukan. Susu akan terhasil pada kadar sepatutnya selagi signal susu diperlukan sampai pada otak. Jika ibu rasa susu tiba-tiba berkurang, cepat-cepat buat Teknik Power Pumping ya, untuk meningkatkan semula penghasilan susu.
- Banyak minum air kosong. Jumlah 3-4 liter air sehari diperlukan bagi ibu menyusu. Jika badan ibu sendiri cukup air, ia juga membantu untuk menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.. Jadi, pastikan minum air setiap kali sebelum dan selepas pam ya. Ianya wajib dipatuhi. ;)
- Makan makanan berkhasiat dan seimbang.. Ibu menyusu perlukan protein, kalsium dan makanan berzat secukupnya untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Tak boleh diet secara melampau ya. Ibu Menyusu boleh kurus jika jaga makan dengan baik dengan mengurangkan makanan berlemak dan berminyak.
- Elakkan stress dan dapatkan rehat yang cukup. Badan ibu yang keletihan dan fikiran yang stress memang akan mengganggu penyusuan.. jadi pastikan ibu sentiasa dalam mood yang baik dan tenang, serta dapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan badan ibu rasa letih melampau ya.
- Doa mohon urusan penyusuan berjalan lancar. Cara sana cara sini..ini juga merupakan cara yang penting kerana Dia yang memberi rezeki. Jadi, mohonlah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan kita sehingga 2 tahun dan lebih.
Bonus untuk Maintain Penghasilan Susu Ibu
Inilah fungsi supplement sebagai Bonus untuk Maintain Penghasilan Susu Ibu, kerana dengan adanya pengambilan supplemen penyusuan, badan ibu akan lebih bertenaga, kurang letih dan kurang stress.
Apa kata Mereka?
Alhamdulillah..Ibu-ibu di atas mengalamalkan Set Penyusuan 3M sebagai supplement harian mereka. Masing-masing sangat gembira apabila berjaya memenuhkan peti aisnya dengan stok susu buat anak tersayang.. Nak pergi kerja pun, hati senang :)
Oh ye..susu ibu dah penuh peti ais, wajin tahu cara penyimpanan susu ibu (EBM) ya ;)
Saya harap dengan 5 Cara untuk Maintain Penghasilan Susu Ibu di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu menyusu untuk menjayakan penyusuan bayi sepenuhnya.
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment