Tuesday, March 21, 2017

Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor

Masalah penapis buah pinggang bocor. Pernah dengar tak?

Saya pun mula tahu masalah ni bila mana ada salah seorang kakak yang bertanyakan suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah buah pinggang bocor.

Pertama kali dengar, ingatkan masalah ini jarang-jarang berlaku. Rupanya tidak.


Setalah mengkaji beberapa maklumat, rupanya ramai juga yang mempunyai masalah buah pinggang bocor ni.

Dan, hari ni saya nak kongsi dengan anda semua info yang berkaitan. Moga ianya bermanfaat terutamanya pada yang memerlukan.


Penapis buah pinggang bocor atau juga dipanggil nephrotic syndrome adalah tanda bahawa buah pinggang kita mula tidak berfungsi dengan betul.

Hasil ujian akan mendapati terdapat protein yang tinggi dalam air kencing, protein yang rendah dalam darah atau mungkin juga mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.

Buah pinggang Bocor merupakan amaran tentang sesuatu yang sedang merosakkan buah pinggang kita sehingga boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kritikal yang lain jika tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Apa Yang Menyebabkan Buah Pinggang Bocor?

Buah pinggang mempunyai saluran darah kecil yang dipanggil glomeruli yang menapis toksin (sisa) dan air lebihan daripada darah. Buah pinggang yang sihat menyimpan jumlah yang sepatutnya protein dalam darah.

Protein membantu memindahkan air dari tisu ke dalam darah. Apabila penapis kecil rosak, terlalu banyak protein melimpahi (keluar/bocor) dari darah ke dalam air kencing. Akibatnya, cecair terkumpul di dalam tisu dan menyebabkan bengkak-bengkak.

Air kencing berbuih petanda penapis buah pinggang bocor

Antara simptom yang menunjukkan masalah penapis buah pinggang bocor adalah seperti;

  • bengkak sekeliling mata pada waktu pagi selepas bangun tidur
  • bengkak pada kaki atau buku lali pada waktu petang akibat berdiri lama
  • rasa keletihan lemah dan tidak bermaya
  • air kencing menjadi berbuih
  • perut kembung, sakit perut cirit birit
  • hilang selera makan.


Masalah penapis buah pinggang bocor juga mempunyai risiko yang membawa kepada masalah lain seperti tekanan darah tinggi, darah beku, dan kolesterol tinggi atau trigliserida.

Penyakit-penyakit ini pula boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal seperti kegagalan organ-organ, serangan jantung, strok, dan pelbagai lagi penyakit yang berbahaya. Jadi rawatan segera perlu untuk mengelakkan masalah ini berterusan.


Jika anda ada masalah buah pinggang bocor, sila berjumpa doktor anda secara kerap untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Konsisten makan ubat yang telah diberikan dan pastikan doktor anda tahu tentang semua ubat-ubatan, atau suplemen tambahan yang anda ambil.

Selain daripada itu, anda juga perlu kurangkan pengambilan garam kerana garam boleh mengurangkan jumlah air badan. Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolesterol bagi membantu mencegah dan mengurangkan kolesterol tinggi. Pengambilan protein setiap hari perlu ikut seperti nasihat doktor anda.

Sekiranya anda memilih untuk mencuba suplemen Shaklee sebagai salah satu altenatif tambahan untuk bantu penyembuhan masalah penapis buah pinggang bocor yang dialami, kami amat menyarankan pengambilan Vivix Shaklee setiap hari dengan konsisten. Boleh baca Masalah penapis buah pinggang bocor sembuh tanpa biopsi dengan Vivix ya ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment