Tuesday, August 14, 2018

Tips Berpantang: Badan Masuk Angin Jika Lambat Mengurut?

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ni dah selesai mengurut lepas bersalin hari yang ketiga, walaupun sebenarnya hari ni dah masuk hari berpantang ke 13😁



Pernah dengar tak orang-orang tua kata "Jangan mengurut lambat sangat. Nanti badan sakit-sakit masuk angin!"

Kebiasaanya pada hari ke 3, bidan sudah ditempah untuk mengurut ibu yang sedang berpantang untuk mengelakkan badan ibu berasa sakit dan elak masuk angin.

Betul ke badan masuk angin jika lambat mengurut?

Alkisahnya inilah yang terjadi pada ibu-ibu lepas bersalin jika lambat berurut dimana ia boleh menyebabkan badan si ibu menjadi sakit dan lenguh,serta terasa badan sangat letih.


Sebenarnya, tubuh badan ibu telah melalui satu proses yang memenatkan semasa bersalin. Tak kiralah sama ada bersalin secara normal mahupun secara pembedahan.

Urat-urat menjadi tegang ketika meneran bayi. Otot-otot juga menjadi lenguh bila berbaring terlalu lama selepas dibedah. Disebabkan itulah badan ibu akan terasa sakit-sakit jika lambat diurut.

Apa yang saya boleh kongsi untuk elak perkara ini berlaku, ibu-ibu boleh lakukan sementara menunggu bidan datang mengurut.

Gambar : google
Antaranya;
1. Sapu minyak panas setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur malam.
2. Tuam seluruh badan dengan batu sungai. Ia bagus untuk membuang angin dalam badan dan memecahkan lemak.
3. Rajin minum air kosong yang panas suam.
4. Elak makan makanan yang berangin dan sejuk.
5. Ibu boleh amal Set Berpantang Shaklee untuk dapatkan kesihatan yang optimum semasa sedang berpantang.

InshaAllah.meskipun lambat sedikit mengurut, badan masih rasa selesa dan tidak cepat terasa sakit. Nak tahu lagi cara berpantang yang betul selepas bersalin boleh klik di SINI.

Salam sayang,
Sharifah zawiyah


Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi produk, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 (klik untuk terus whatsapp saya) 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya: MamaZiqry Shaklee Penang

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI

COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment