Friday, June 28, 2013

Tips Tambah Susu

  No comments    
categories: 
"Tips tambah susu"....Rasanya hampir setiap hari ada je ibu-ibu yang mencari cara untuk meningkatkan kuantiti susu untuk anak tersayang. Terutama bagi ibu yang bekerjaya....Biar saya senaraikan ya..


Tips #1
Pastikan ibu mengambil sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam yang lengkap dan seimbang ya. Elakkan makanan segera dan sebaiknya jangan amalkan...[Memang agak susah bagi peminat fast food ye tak..tapi demi si manja anda,tak salah kita elakkan. Lagipun tak elok jika diamalkan makanan segera ni..]

Tips #2
Ibu perlu banyak minum air sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari...Pentingnya Air??Untuk menyahkan segala toksin yang ada dalam badan kita.

Tips #3
Ambil serta amalkan suplemen yang terbaik dan berkualiti. Pengambilan suplemen terbaik sangat membantu agar metabolisme badan ibu seimbang...Contohnya jika kita mengambil B-Complex. B-Complex membantu mengurangkan tekanan serta membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan yang tenang dan rehat. Pentingya ibu yang tenang dan dalam keadaan gembira memudahkan susu ibu terhasil jika dibandingkan dengan ibu yang dalam keadaan yang stress dan keletihan.

Pengambilan Alfafa juga penting sebagai peransang untuk menghasilkan susu...[ Macam saya..saya konsisten mengambil B-Complex, Alfafa dan juga minum 3x ESP sehari. Alhamdulillah..susu sentiasa cukup dan pekat untuk Si Manja saya Ziqry. dan dengan harapan dapat menyusukan Ziqry sehingga 2 tahun..Amin]

Tips #4
Ibu juga sebaiknya bacalah Alhamdulillah selepas selesai sesi perahan atau penyusuan. Banyakkan zikir nama-nama Allah. Penyusuan yang berjaya hasil daripada keyakinan yang tinggi daripada ibu. Ibu juga haruslah mementingkan santapan rohani selain santapan fizikal yang seimbang. Santapan rohani seperti melakukan solat sunat atau zikir memuji Allah setiap hari dengan menyebut Ya Latiff Ya Matin dan 99 Nama2 Allah perlu diamalkan untuk memberi kekuatan dalam menepis segala cabaran dalam perjalanan penyusuan si kecil dan juga akan menambah keyakinan ibu dengan kebesaran Allah s.w.t.

Sesungguhnya susu ibu adalah anugerah Allah s.w.t. Apa-apa sekalipun,kita perlu lah sentiasa berdoa kerana dengan Izin Allah jua yang menentukan susu ibu yang dihasilkan banyak ataupun sedikit..Yang penting,kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha. Semoga perjalanan penyusuan ibu-ibu semua diberkati..


MamaZiqry Vita Shoppe 
Add/PM fb: Sharifah Zawiyah   / Call @ SMS: 013-433 3652 

0 comments:

Post a Comment