Sunday, January 04, 2015

6 Waktu Terbaik Untuk Bersenam

  No comments    
categories: 
Biasa kita dengar saranan, 'anda haruslah bersenam 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi'. Dengar seperti mudah untuk melakukannya kan..namun hakikatnya ramai yang culas untuk mengamalkannya dengan alasan kekangan masa.

Bila nak bersenam...pagi, petang, siang atau malam? Menurut Jessica Mattews (ahli fisiologi senaman di America Council), waktu terbaik untuk bersenam ialah waktu ketika anda boleh melakukan senaman secara konsisten.

Jom ketahui 6 Waktu Terbaik untuk Bersenam....


Waktu Pagi ~ senaman waktu pagi membolehkan seseorang itu bekerja lebih tenaga berbanding 25% yang bersenam pada waktu petang.

Ketika Selesema ~ dalam sebuah penelitian, didapati bahan kimia semulajadi yang ada dalam badan akan dilepaskan semasa bersenam, dan ini dapat mengurangkan gejala selesema. Namun elakkan untuk bersenam terlalu lama, sebaiknya dilakukan di rumah untuk mengelakkan virus menular pada orang lain.

Ketika Haid ~ menurut Stacy Sims (ahli fisiologi) waktu haid ialah waktu terbaik untuk meningkatkan intensiti senaman kerana perubahan hormon yang berlaku semasa haid dapat membuatkan seseorang itu merasa lebih kuat dan membantu menghilangkan sakit dengan cepat.

Waktu Petang ~ waktu matahari hampir terbenam atau antara jam 4-5 petang merupakan waktu yang sesuai, kerana suhu badan pada waktu ini pada tahap tertinggi dan kita boleh melakukan senaman secara maksimum , otot lebih fleksibel dan senaman menjadi lebih mudah.

Waktu Rehat di Tempat Kerja ~ Alternatif berjalan selama 5-10 minit di Tempat kerja boleh menghilangkan stress, meningkatkan mood dan ketajaman mental serta produktif.

Ketika Penat ~ Senaman selepas penat dengan aktiviti seharian dapat membantu membangkitkan tenaga, bagus juga untuk mendapat kualiti tidur yang baik.

Sumber: Rapi

0 comments:

Post a Comment