Tapi adakah kita ambil kisah kandungan setiap makanan yang dimakan – berapa kalori, berapa nutrisi, berapa lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut?
Tahu tak?
Ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk? Hoooo..
Jom tengok senarai 10 Makanan Malaysia paling menggemukkan:
1. Nasi Lemak.
Merupakan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang ataupun kalau ada tambahan lain seperti ayam goreng berempah, sambal kerang, paru dan sebagainya. Hidangan lengkap pun dah lebih kurang 450-500 kalori. Inikan pula ada tambahan ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?2. Roti Canai.
Merupakan makanan paling senang, ringkas dan paling cepat. Tapi, tahu tak sekeping roti canai yang sangat digemari ramai bersamaan dengan 300 kalori. Setengah orang suka makan sampai dua keping roti canai. Wahh!! 600 kalori tau. Itu baru sarapan pagi. Lunch dan dinner nanti agaknya nak makan apa ya??Info: 90min berlari di treadmill atau jogging, bakar 600 kalori.
3. Nasi Goreng.
Satu pinggan nasi goreng bersamaan lebih kurang dalam 630 kalori. Nasi goreng menjadi hidangan tidak seimbang disebabkan oleh kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Dinasihatkan, kalau nak makan nasi goreng, cuba jangan lebih segenggam tangan untuk mengelakkan kalori yang berlebihan yang akan menyebabkan kegemukan masuk dalam badan.4. Ais krim.
Berikutan cuaca di Malaysia ini memang panas sepanjang tahun, ais krim merupakan makanan yang memang sedap untuk dinikmati. Tetapi perlu ingat ya, ais krim mempunyai kandungan tinggi lemak, tinggi gula dan tinggi kalori. Semuanya tinggi-tinggi belaka. Dua scoop ais krim pun dah 380 kalori.5. Burger
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya kita akan makan yang ada keju, sos cili, mayonis, atau mungkin lebih istiewa sikit ada telur. Agak agak berapa kalori tu?Hidangan mee dengan kuah kari yang dipenuhi santan berlemak. Sangat Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau rasa nak kawal pengambilan kalori, cuba ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan di Makaysia ni bergoreng. Hidangan di petang hari paling femes ialah pisang goreng. Tahu tak? Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Kalau ditambah pula dengan cheese, macam pisang goreng cheese yang amat famous sekarang, berapa agaknya kalori tu ye. Jadi kalau boleh, nak kualiti hidup yang sihat, sila kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain seperti rebus, panggang dll.8. Susu Pekat Manis.
Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal. Kandungan lemak tinggi dalam susu pekat manis. Walaupun ia ada sumber kalsium, namun susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Jadi, dinasihatkan lebih bagus jika menggantikannya dengan susu yang kurang kandungan lemak atau susu rendah lemak.9. Roti Manis dan Donut.
Roti!! Nampak biasa. Jangan salah sangka, roti tidak memberi kesan kegemukan apa-apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat serta kalori. Kalau anda memang peminat roti, mungkin boleh cuba roti wholemeal.Info: 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!Sebenarnya dalam 10 makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma semuanya bergantung kepada kadar pengambilan yang anda ambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka makanan itu boleh jadi punca kegemukkan diri anda sendiri.
Tips paling penting, kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. In Shaa Allah, anda hidup dengan sihat dan dapat berat badan yang yang sesuai.
Semoga berjaya!
Sumber
0 comments:
Post a Comment