Jerawat!! Semua orang benci jerawat. Jerawat boleh buat seseorang itu menjadi seorang yang mempunyai kurang keyakinan diri. Tambah-tambah jika jerawat yang mati dan meninggalkan kesan parut yang terang, saya pasti sesiapa pun tidak menyukainya.
Masa kini, bukan wanita je yang menjadi risau bila timbulnya jerawat tau, malah sekarang ni kaum lelaki pun dah mula ambil perhatian lebih untuk mencari solusi cara hilangkan parut jerawat.Usaha untuk Mencegah Jerawat
Selalu kita dengar Mencegah Lebih Baik dari Merawat kan. Jadi, kalau tak mahu dipenuhi parut jerawat, kita mestilah mencegahnya dengan menjaga kulit muka kita supaya tidak ditumbuhi jerawat langsung.Bagaimana?
Kita mestilah menjaga muka kita sebaik-baiknya, dengan;
- Cuci muka kita dengan bersih dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita.
- Selepas mencuci muka dengan bersih, gunakan Toner untuk menutup kembali liang roma yang telah terbuka semasa mencuci muka tadi.
- Lebih elok jika kita menyapu pelembap muka(moisturizer) supaya muka kita sentiasa kelihatan lembap dan mendapat nutrisi yang secukupnya.
- Amalkan untuk minum air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 3 liter sehari
- Makan makanan yang berkhasiat serta makanan yang kaya dengan anti-oksidan.
- Elakkan untuk berkongsi span muka dengan orang lain terumanya dengan mereka yang mempunyai masalah jerawat.
Usaha untuk Menghilangkan Parut Jerawat
Sesetengah jerawat akan timbul di luar kawalan kita kan. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor lain seperti perubahan hormon, kulit yang sensitif, kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan lain-lain.
Bagaimana jika keadaan ini berlaku?
Untuk yang selalu diserang masalah jerawat, dan ingin menghilangkan parut jerawat itu, anda sebaiknya;
- Elakkan untuk memicit jerawat yang timbul terutama jerawat yang bernanah. Jerawat yang bernanah jika dipicit dan terkena di kawasan lain muka akan menyebabkan kesan yang lebih teruk dan mungkin akan menyebabkan jerawat yang lebih hebat lagi timbul.
- Sapukan Tea Tree Oil di kawasan jerawat yang timbul, keranan Tea tree Oil dipercayai boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
- Gunakan sapuan vitamin yang kaya dengan anti oksidan seperti Vitamin E untuk menghilangkan parut jerawat.
Cara untuk mencegah daripada pertumbuhan jerawat dan menghilangkan parut jerawat adalah melalui rawatan dalaman dan juga rawatan luaran kulit. Apa yang dimaksudkan dengan rawatan dalaman ialah makanan harian kita perlulah dijaga dengan sebaiknya. Jika perlu, kita boleh mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan antioksidan seperti Vitamin E, Vitamin C dan B Complex.
Jika anda mengalami masalah jerawat disebabkan oleh hormon, GLA Complex adalah pilihan yang terbaik untuk mengawal atur dan menstabilkan hormon dalam badan kita.
Paling terbaik jika kita tahu penyebab jerawat timbul, lebih mudah untuk kita mencegah serta menghalang pertumbuhan jerawat. Kulit Cantik dan Sihat dengan vitamin Shaklee, ketahui rahsia mereka mengekalkan kecantikkan kulit.
0 comments:
Post a Comment