Sunday, April 19, 2015

Makanan Punca Masalah Jerawat?

Jerawat Timbul Berpunca Daripada Cara Pemakanan Kita? Betul ke? 


Ada yang kata ya ada yang kata tidak. Ya atau tidak semuanya bergantung pada bagaimana badan kita memberi reaksi atau tindak balas terhadap makanan yang kita makan.
 
Namun, jika kita mempunyai masalah jerawat, ada beberapa jenis makanan yang boleh manambahkan lagi kesan buruk terhadap masalah yang dihadapi. Beringatlah..pastikan kita sentiasa tahu untuk memilih makanan yang boleh memberi reaksi buruk lagi kepada masalah jerawat kita.



Kita sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Perlu ingat apa yang kita makan, dan peka kepada makanan tersebut agar anda tidak memakannya lagi supaya makanan itu tidak menyebabkan kulit kita ditumbuhi jerawat pada kulit muka, leher dan badan lagi.

Jerawat tumbuh adalah disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik, dan juga stress yang melampau. Contohnya, masalah jerawat yang sedia ada semakin buruk sekiranya kita mengalami masalah gangguan tidur atau kekurangan tidur yang cukup, sering menghirup udara yang tercemar, atau mungkin juga akibat tekanan kerja atau masalah peribadi yang melampau.

Jika boleh, elak-elakkan diri daripada stress berpanjangan atau kawal tekanan kerja atau masalah kita, juga dapatkan tidur dan rehat yang cukup setiap hari.

Jenis-jenis makanan yang boleh menambah buruk lagi masalah jerawat

  • Makanan yang berlemak dan bergoreng - Jenis makanan yang begini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
  • Makanan daripada produk tenusu - makanan jenis ini mengandungi kandungan lemak dan hormon yang tinggi  dalam susu lembu, boleh menyebabkan alahan.
  • Minuman berkafein dan berkarbonat -  minuman berkafein kurang bagus untuk diamalkan. ini kerana minuman jenis ini menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan minuman berkafein juga boleh mengganggu tidur kita manakala minuman berkarbonat pula mengandungi kadar gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit kita berminyak dan tidak sihat.
  • Makanan daripada karbohidrat yang diprosses -  Kandungan gula yang digunakanan untuk memproses karbohidrat ini tinggi.
  • Makanan yang diproses ataupun ditinkan - seperti yang kita tahu mana-mana makanan yang bukan daripoada sumber asli dan tidak segar dianggap tidak sihat untuk dimakan. 

Daripada senarai jenis makanan di atas, In Shaa Allah kita boleh mengurangkan masalah jerawat yang kita hadapi dengan mengurangkan pengambilan makanan yang seperti di atas.

Makanan yang boleh mengurangkan masalah jerawat. 

Ya, pasti ada. Jika mempunyai masalah jerawat, jom sama-sama kita amalkan pemakanan yang sihat seperti di bawah ya.
  • Lebihkan pengambilan Sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Amalkan pengambilan air suam @ air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Gunakan cara masakan memanggang, membakar ataupun kita boleh buat masakan stim.
  • makan makanan yang berserat tinggi seperti susu yang rendah lemak, sumber omega 3 yang tinggi seperti tuna, ayam organik, salad, dan juiga buah-buahan segar.
Ada masalah kulit berjerawat dan bernanah, jangan tunggu lagi..jom atasinya!

Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat.

Sumber

0 comments:

Post a Comment