Monday, April 20, 2015

Tips dan Panduan Berpuasa bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum semua..
Salam 1 Rejab. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab dah kita. Semoga kita diberkati dalam bulan Rejab dan Syaaban dan moga disampaikan kita ke bulan Ramadahan yang mulia.

Hari ni nak berkongsi sedikit tips dan panduan berpuasa untuk semua, namun ada beberapa tips khas untuk ibu-ibu yang masih menyusukan bayi mereka termasuklah saya ;)



Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, In Shaa Allah.

Kenali tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;
  • Rasa mengigil, loya dan pening kepala, lemah dan sakit segala otot.
  • Rasa nak pitam terutamanya selepas menyusukan bayi ataupun selepas sesi mengepam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau.
  • Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  • Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal, merasa bayi kurang bergerak  berbanding hari-hari yang biasa.
  • Berlaku kontraksi.

Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

2- Banyakkan minum air kosong@masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Ini adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Sebaiknya ibu-ibu boleh sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.

3- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Bangun sahur juga adalah satu amalan sunat. Kalau macam saya, saya lebih suka bersahur dengan ESP Shaklee. Ringkas, mengenyangkan saya, juga memberi tenaga untuk sepanjang hari.

4- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Elakkan daripada makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.  Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari

6- Amalkan makan banyak kurma, madu, habbatus sauda dan makanan sunnah yang lain.

7- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

8- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang har.

9- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Shaklee.

10- Sentiasa berfikiran positif serta ceria. Banyakkan berzikir Ya Wahab (Maha Pemberi) dan elakkan tekanan @ stress yang melampau. Penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down.

11- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

12- Jika perlu, ambil supplement untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa. Macam saya, saya memang amalkan pengambilan vitamin tambahan seperti Multivitamin, B Complex dan Vitamin C untuk keperluan badan saya. Eu for Pack set memang terbaik bagi ibu menyusu yang memerlukan vitamin tambahan.


Jom tengok sedikit Testimoni ibu menyusu yang mengamalkan supplement sepanjang menunaikan ibadah puasa..



Happy sharing mommy. Selamat menempuh perjalanan berpuasa yang menggembirakan ya. Semoga ibu-ibu semua dapat menjalankan tanggungjawab untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun dan lebih..

Sebarang pertanyaan mengenai suplement Shaklee boleh hubungi saya,
Sharifah Zawiyah
013-433 3652

0 comments:

Post a Comment