Wednesday, April 15, 2015

Suplemen Asas untuk Lelaki Gagah

Lelaki..Suami..Ayah..juga perlukan suplemen untuk menambahbaik nilai kesihatan mereka. Bukan wanita..perempuan..atau ibu-ibu sahaja yang perlu suplemen tambahan ya. Untuk lelaki juga penting.Kenapa?

Lelaki merupakan insan hebat yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Lelaki mempunyai peranan yang penting dalam semua aspek tidak kiralah dalam institusi kekeluargaan,peranan sebagai anak kepada ibu ayah, ayah kepada anak-anak, seorang suami kepada isteri, dan macam-macam peranan lain.

Dengan bantuan suplemen tambahan dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan, juga sekaligus membekalkan nutrisi yang terbaik untuk kesihatan mereka setiap hari. Produk Shaklee tidak hanya tertumpu kepada kesihatan wanita sahaja tetapi lebih kepada kesihatan menyeluruh termasuklah untuk kesihatan lelaki.


Kelebihan Vitamin untuk Kesihatan Lelaki (Men's Vital Health)

Set Kesihatan Lelaki Shaklee mempunyai 3 vitamin asas untuk membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki; iaitu Omega Guard, Vitamin E Complex, dan Zinc Complex. Kelebihan set ini adalah untuk;
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat
 
Jom rungkai satu persatu bagaimana setiap vitamin Shaklee ini membantu menambah baik tahap kesihatan lelaki.

Vitamin E Complex

Vitamin E berperanan untuk
meningkatkan jumlah sperma serta memperbaiki kualiti sperma lelaki. Ianya secara tidak lengsung mempengaruhi pergerakan sperma untuk bertemu dengan ovum.
 

Vitamin E juga boleh merangsang libido. Libido adalah keinginan seks kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testeoteron akan menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.

Vitamin E dengan elemen anti oksidan melindungi lelaki daripada radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Selain itu, elemen antioksidan dalam Vitamin E dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser, sekaligus menggalakkan kesihatan lelaki yang optimum.
 
Zinc Complex

Zinc merupakan mineral penting dalam sel pembiakan lelaki. Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Secara amnya, lelaki yang tidak subur cenderung untuk mempunyai tahap zink yang rendah. oleh itu, zink amat penting dalam kesuburan lelaki dengan meningkatkan jumlah sperma, juga mengurangkan risiko mati pucuk dan pembesaran prostat.


Kekurangan zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut.

Omega Guard

Asid lemak omega 3 dalam Omega Guard Shaklee membantu melindungi jantung, juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Minyak ikan Shaklee ini menyediakan otot jantung dengan nutrien untuk berfungsi dengan sihat. 


Ia juga mempunyai peranan penting dalam meningkatkan aliran darah serta mengekalkan tisu jatung dan saluran darah yang fleksibel. Individu yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular atau kadar kolesterol yang tinggi sangat bermanfaat untuk mengamalkan minyak ikan Shaklee ni.

Tiga vitamin asas untuk insan yang bergelar lelaki. Jom sama-sama kita meningkatkan tahap kesihatan kita menjadi lebih baik dengan Vitamin Shaklee. In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya;
Sharifah Zawiyah
013-433 3652

0 comments:

Post a Comment