Friday, May 15, 2015

Tips Memerah / Mengepam untuk Banyakkan Susu Ibu

Banyakkan susu ibu..!!

Jom ketahui sedikit Tips bagaimana cara memerah dan mengepam yang betul untuk banyakkan susu ibu.

1. Pilih pam yang betul  
  • pemilihan pam yang betul sangat penting agar sesi mengepam berjalan lancar, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan. Gunakanlah pam yang mudah dibawa, mudah diguna dan juga mudah dibersihkan. 
  • Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya sakit, cuba ubah cara sedutan pam dan sekiranya masih sakit perlu hubungi pakar laktasi utk khidmat nasihat.

2. Pastikan emosi ibu TENANG

  • Pastikan ibu berada di dalam keadaan yang tenang sebelum memulakan sesi perahan. Jika ibu sedang mengalami stress/tertekan, susu pun malu-malu je nak keluar. 
  • Pastikan posisi anda sebelum memerah/mengepam adalah betul untuk memudahkan lagi pengaliran susu.

3. Urutan Lembut pada payudara
  • Sebelum memerah/mengepam anda boleh juga urut payudara dengan lembut untuk memudahkan pengaliran susu nanti. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

4. Tuam payudara

  • Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

5. Minum air secukupnya

  • Minum minuman yang melegakan seperti air suam dgn secukupnya untuk memastikan penghasilan susu yg optimum. Kalau boleh cuba elakkan minum minuman berkafein atau bergas.
 
6. Ransangan video dan keletah si manja
  • Semasa memerah/mengepam, lihat gambar atau video si manja anda. Dengan melihat atau mendengar suara si manja, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyuman dia, suara dia.

7. Amalan Berzikir 

  • Amalkan berzikir semasa mengepam. Berzikir adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah dan secara tak langsung kita akan mendapat ketenangan dan ini akan memudahkan lagi pengaliran susu. Salah satu zikir yg boleh dibaca ialah kalimah YA MATIN (baca 70 kali setiap hari).

8. Jangan lihat hasil perahan 

  • semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil perahan ya. Buat benda lain, contoh no 6 & 7 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, kita sendiri akan rasa stress dan ini akan menyukarkan untuk susu keluar dengan lancar.

Apa pun yg penting usaha, doa dan tawakal kita. Suplemen untuk Ibu Menyusu inshaaALLAH akan membantu kita tapi selebihnya adalah usaha kita sendiri. Mesti sentiasa postif dan perlu ingat konsep supply & demand. Minum cukup air setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari (3L). InsyaALLAH niat ibu yang ingin menyusukan anaknya, Allah pasti akan permudahkan.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. Sentiasa ingat Allah dan berdoalah agar susu kita akan cukup untuk baby sehingga usianya 2 tahun.

Amalkan surah al-baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati

Maksud ayat : 


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

0 comments:

Post a Comment