Assalamualaikum semua. Hari ni nak share info sikit mengenai Power Pumping yang mampu membantu perjalanan penyusuan ibu-ibu. Power pumping, tingkatkan penghasilan susu ibu. In Shaa Allah cara ini memang sangat berkesan jika dilakukan dengan cara yang betul.
Apa itu Power Pumping?
Power Pumping merupakan teknik mengepam yang dilakukan oleh ibu-ibu menyusu bagi tujuan mempertingkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam yang dilakukan adalah seperti biasa, namun power pumping mengikut cara yang lebih unik iaitu dengan meniru cara bayi menyusu.
Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?
1- Ibu yang mengalami kurang susu kesan dari pelbagai sebab seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2- Ibu yang ingin menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan.
3- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat ( meransang penghasilan susu ).
Bagaimana melakukan Power Pumping?
Cara Pertama (Single Pump)
Pam dulu sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10minit. Prosedur ini berterusan bergilir-gilir payudara kanan dan kiri sehingga cukup 60minit (1 jam). Ini adalah 1 sessi lengkap.
Cara 2 (Double Pump)
Pam kedua-dua belah serentak selama 20minit, kemudian berhenti rehat selama 10minit. Prosedur ini berterusan sehingga cukup 60minit (1 jam). Ini adalah 1 sessi lengkap.
Power pumping ini hendaklah dilakukan setiap hari. Ibu-ibu disarankan melakukan Power Pumping pada waktu malam ke subuh kerana hormon susu sangat banyak terhasil dalam waktu ini.
Berapa lama masa untuk dapat hasilnya?
Amalan Power Pumping harus dilakukan setiap hari sekurang-kurangnya selama 1 minggu berturut-turut untuk menunjukkan hasil. Jangan putus asa ya ibu-ibu!! Sekiranya hari pertama dan kedua tu hasil Power Pumping hanya dapat pam angin je. Teruskan berusaha, doa dan tawakal. Paling penting, sentiasa fikir positif bahawa banyak susu akan terhasil untuk bayi kesangan ibu-ibu ok. Segala-galanya hanya untuk kebaikan anak! In shaa Allah semuanya dipermudahkan.
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment